~~di sebalik lirik "Bengang by Mantera"~~

~~Pintu sepiku yang bertahun terkunci… terpaksa aku bukakan perlahan-lahan… kerana ku khuatir bisikan yang berbalah… denganku seharian akan menenggelamkan… keakuan… aaa…aaa…~~

~~Andai terjadi mana lagi tempatku… nak aku pautkan mimpi sediakala… menunaikan janjiku pada diri sendiri…. Cinta dulu asalnya aku yang punya…~~

~~Mana datang cahaya… bukanlah tajuk cerita… siapa pun kau ku sudi terima… biarpun dosa semalam sebesar gunung menembus awan… yang penting hatiku dapat kau tawan…~~

***

(Makna Lirik)

~~Pintu ‘sepi’ diibaratkan pintu ‘hati’ yang telah lama kosong dan lalai dari mengingati Allah telah pun tertutup rapat. Ibarat engsel pintu yang telah reput dan berkarat lalu menunggu masa untuk menyembah bumi membuatkan penulis terpaksa membuka dengan hati-hati. Demi untuk menyelamatkan sekeping ‘pintu’ yang telah lama tidak digunakan.

~~Bisikan yang berbalah diertikan dengan dua bisikan iaitu bisikan mazmumah dan mahmudah… di antara nafsu dan iman. Dan hanya mereka yang mengenal DIRI.. mampu melawan sifat serta bisikan yang bathil…

~~Penulis membimbangi andai dia akan tersalah membuat pilihan, di manakah lagi tempat untuk dia memautkan impian yang telah sedia lahir bersama-sama jasadnya suatu ketika dahulu. Sebuah impian dalam bentuk satu perjanjian kepada Allah dan kepada diri, iaitu hidupnya jasad bersama roh di muka bumi Allah adalah untuk beribadah kepada DIA. Beribadah kepada Allah merupakan sebuah cinta yang sememangnya telah menjadi hak mutlak setiap manusia daripada azali lagi.

~~Cahaya diibaratkan sebuah petunjuk kepada manusia agar beriman kepada Allah bukanlah menjadi satu tajuk besar lagi. Kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penerima Taubat, Maha mengetahui setiap apa yg terlintas di hati hambaNYA… jadi siapa pun diri penulis sebelum ini, DIA tetap akan menerima penulis sekiranya Taubat dilakukan seikhlas hati. Itulah yang dimaksudkan dengan bait lirik ‘Yang penting hatiku dapat kau tawan’…

**Qulbu mu’min baitullah (Hati orang yang beriman itu Rumah Allah)

WALLAHUA”ALAM

BENGANG_MANTERA

sumber gambar : http://sofila.wordpress.com/category/puisi/

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com