~~di sebalik lirik "Fantasia Musim Cinta-Iwan"~~


~~Ku genggam awan kelabu… Ku gapai langit yang biru… arah kita kian bersatu… tinggalkan lagu rindumu…~~

~~langkah kita makin hampir… ku tahu kau menungguku… di hujung titik menantilah aku… Alam mimpi…~~

~~Bulan bintang sang suria… bagai saksi janji kita… meniti hari-hari… yang indah ini…~~

~~gunung akan ku daki… lautan kan ku renangi… demi memburu mimpi… yang pasti…~~

~~Pintu kini telah terbuka… kita pun langkah bersama… fantasi mimpi berakhir… cinta pun berpadu...~~

~~Hari-hari yang berlalu… menjelma bukanlah mimpi lagi… umpama sungai dan tebing… seiring sehati dan sejiwa…~~

***

(Makna Lirik)

~~”Arah” membawa maksud satu perjalanan yang lurus. Manakala “kita” pula membawa erti kepada sebuah kerjasama di antara roh dan jasad. Negeri mulki yang dipenuhi dengan lafaz rindu (zikrullah) sang hamba kepada Pencipta mula ditinggal pergi. Mereka mula mengembara ke sebuah negeri Malakut yakni selangkah menghampiri cinta Allah.

~~Perjalanan yang dipenuhi pelbagai dugaan diharungi dengan bekalan sabar dan taqwa. Allah telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran, sesungguhnya DIA amat mencintai hamba yang sabar dan bertaqwa kerana mereka itulah hamba yang benar-benar beriman. “Di hujung titik” diertikan dengan alam terakhir. Itulah alam Lahut. Di mana di alam itu jugalah tersirat maksud segala kata-kata “tiada lagi aku melainkan AKU”. “Alam mimpi” pula dimaksudkan dengan alam zikrullah yang merangkumi Mulki, Malakut, Jabarut dan Lahut.

~~Rangkap ketiga menceritakan tentang hanya makhluk selain manusia sahaja yang boleh menyaksikan perkara-perkara ghaib yakni ‘mimpi’ yang kita lalui. kerana mereka itu tidak mempunyai akal dan bebas daripada dikuasai hawa nafsu seperti manusia.

~~Rangkap keempat pula, penulis menceritakan bahawa demi memburu cinta Allah. Dia sanggup mengharungi segala macam bentuk ujian dan dugaan. Kerana dia hanya terpandang akan Keindahan Cinta Allah. Itulah impian yang pasti akan dicapai oleh orang yang beriman, iaitu mereka yang sentiasa bersabar dan bertaqwa.

(Rangkap satu hingga empat disimpulkan tentang penceritaan iman iaitu sabar dan taqwa yang perlu ada pada setiap manusia, samada dia kafir ataupun islam)

~~”Pintu telah terbuka” membawa maksud bahawa Allah telah menyeru kepada mereka yag beriman agar masuk secara menyeluruhlah ke dalam Islam iaitu agama yang benar dan diredhai oleh Dia. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah Islam pegangan mereka. Dan cinta pun berpadu…apabila Islam bersatu dengan Iman, apabila Roh bersatu dengan Jasad (dlm meraih cinta Allah), apabila Diri bersatu dengan Dia….Akhirnya… itulah AKU (sila rujuk kitab-kitab tasauf)

~~Apabila sang hamba mengenal Allah, apabila Diri mengenal Pencipta, dan apabila Pencipta itu adalah Diri…maka lengkaplah sebuah alam. Mimpi yang bermimpi kini nyata layaknya. Bersertalah orang beriman itu dengan Allah. “di mana kamu berhadap, disitulah wajahKU”.

(WALLAHUA”LAM)

FANTASIA MUSIM CINTA_IWAN

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com