~~di sebalik "KIAS FANSURI by M.NASIR~~


~~Tak sempat dipapas…hidangan ku habis… bila ku terpandang… dia melangkah… masuk hendak menjamu selera…~~

~~Geletar tubuhku… di belakang tabir… bilaku terdengar… namaku dipanggil… Dia matanya merah menyala… dia hadiahkan tubuhku … tujuh lacutan pedang saktinya… dia…~~

~~Jangan sesekali kau ceritakan…pengalamanmu Yusuf… takut-takut mengundang bencana…~~

~~Siapa tahu… betapa berat cinta yang ditanggung… sehingga dia sanggup lakukan… biar apa saja demi mendapatkan… restu sultan cahaya hatinya…~~

~~Tak sia-sia azam Zulaikha… bisa jadi cermin mengintai jiwa… Tak sia-sia azam Zulaikha… bisa jadi lorong insane bercinta…~~

~~Bisikan memujuk… memupuk nurani… lalu terbukalah pintu yang menghijab…~~

~~Dia… aku kenal dia lama dahulu… dia… yang melamarku dalam mimpi…~~

~~Kias fansuri… mawar berduri…
Kias fansuri… lembah yang sepi…
Kias fansuri… madah bersari…
Kias fansuri… langit yang tinggi…~~

***
(makna lirik)

~~Lagu Kias Fansuri merupakan sebuh lagu yang penuh dengan simbolik. Rangkap pertama dan kedua menceritakan tentang perjalanan seorang hamba yang sedang mengembara mencari DIRI.
-         “matanya merah menyala” merupakan simbolik untuk diri hamba yang belum disucikan.
-         “tujuh” merupakan sebanyak tujuh bahagian di dalam diri yang wajib disucikan.
-         “lacutan pedang sakti” simbolik kepada pembersihan menyeluruh ketujuh-tujuh maqam. Pastilah sakitnya ibarat disebat menggunakan pedang tajam setimpal dengan dosa hamba. Kesannya tidak kelihatan, tetapi sakitnya begitu menusuk. Itulah yang dimaksudkan dengan “sakti”.

~~Rangkap ketiga menerangkan bahawa ilmu mengenal Allah merupakan sebuah ilmu yang rahsia. Apa yang dilihat hanya untuk diri sendiri. Jangan sesekali menceritakan pada yang bukan ahli, kelak merana diri.
-         “Yusuf” simbolik kepada DIRI

~~Tiada siapa pun tahu tentang kehebatan cinta yang ditanggung. Mereka yang asyik dalam cinta Allah sanggup melakukan apa sahaja asalkan beroleh cinta hakiki. Restu Allah untuk sang hamba mendapatkan cintaNYA.

~~”Zulaikha” simbolik kepada hamba. Hamba yang kuat azamnya, pasti dapat melihat DIRI. Hamba yang kuat cita-citanya, pasti dilorongkan jalannya. Jalan menuju cinta Ilahi.

~~”Bisikan” diertikan sebagai alunan zikir yang direntakkan secara perlahan, seolah-olah berbisik, dan terkadang hanya bergema di dalam diri sahaja. Bisikan yang memujuk dan merayu di hati nurani, akhirnya telah tiba dikemuncak apabila terserlah DIRI mnghadap diri.

~~sang DIRI yang dahulunya disalut dengan kekotoran, telah suci. Diri mengenal DIRI kembali.

~~”Fansuri” pemilik kepada nama Hamzah Fansuri. Beliau merupakan penyair tersohor di alam melayu abad ke-16. Beliau adalah seorang intelektual dan ahli sufi yang terkemuka dan dianggap perintis dalam pelbagai bidang keilmuan. Contoh syair Hamzah Fansuri:

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah I’tikad diperbetuli sudah.

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tidaklah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalam membetuli insan.

~~Kias Fansuri… mawar berduri…
-         kias fansuri… kata-katanya menusuk kalbu

~~Kias Fansuri… Lembah yang sepi…
-         kias fansuri… banyak menceritakan tentang ‘lembah’ di dalam diri manusia. Lembah yang tidak semua orang tahu biarpun ianya hanya di dalam diri sendiri.

~~Kias fansuri… madah bersari…
-         kias fansuri… madahnya bukan madah kosong.

~~Kias Fansuri… Langit yang tinggi…
-         kias fansuri… kedudukannya sangat tinggi. Dari segi bahasanya dan maksud yang cuba disampaikan…

WALLAHUA’LAM

KIAS FANSURI_M.NASIR


~~huraian lirik HILANG by JINBARA~~


~~Selama mana… harus ku mencari… igauan ini… ku gagahi…~~

~~Ingin berjumpa… sayang kau tiada… Hati jiwa rasa cinta… seorang lelaki…~~

~~Lemas meronta… menggoncang lara… menangis aku sendiri… Jangan ditanya… Engkau pun tahu… mengapa kau bersembunyi…~~

~~Kau…jelmalah engkau… beraksi rindu… mimpi-mimpiku…~~

~~Malam… di gerbang luka… menggarap cinta… suratan resah…~~

~~Bulan bukannya bintang… Siang hilanglah malam… gundah bila kau hilang… resah hilang kau datang…~~

~~Jika kau tiba…jelanglah sinar… malam ku yang kesepian…moga hangatnya rasa asmara kasih hulurkan cintamu…~~

~~Nilam juga permata… Nilai bukannya intan… sayang bila kau datang… senyum hilanglah duka…~~

***
(Makna lirik)

~~HILANG… tajuk lagu yang mampu menghuraikan segalanya. Hanya satu perkataan iaitu H.I.L.A.N.G.  Rasa kehilangan yang dirasai oleh seorang aku. Apakah perkara yang membuatkan dia berasa begitu kehilangan? Pastilah sesuatu yang sangat berharga…

~~Pada rangkap pertama, penulis menyatakan tentang usaha yang telah dilakukan oleh seorang aku. Dia begitu bersungguh-sungguh untuk mencari ‘sesuatu yang hilang’ itu.

~~Bagaimana dia mahu bertemu dengan Kekasihnya yang kian menjauh darinya. Dia ingin kembali berdamping dengan Kekasih yang satu. Dia mahu menyerahkan seluruh jiwa dan raganya..serta rasa kasih dan cintanya untuk Kekasihnya. Tetapi di mana Kekasihnya?

~~Menangislah dia sendirian apabila berasakan dirinya jauh terbuang tersisih. Terkapai-kapai dia meraih kembali simpati. Namun, Sang Kekasih masih terus menjauh. Bahkan langsung tidak diketahui di mana si DIA. Usah ditanya mengapa. Kerana sifat DIA adalah Maha Tersembunyi. Hanya hamba yang benar-benar tulus cintanya sahaja mampu berjumpa tempat persembunyianNYA.

~~Malam seribu duka itu menjadikan dia kembali bersujud menghambakan diri kepada Yang Maha Satu. Merayu sesungguh hati agar dirinya diterima kembali. Apabila taubatnya diterima, maka hilanglah segala duka nestapa. Dan terjalinlah hubungan cinta dengan Kekasihnya kembali. Muncullah senyuman… hilanglah kedukaan…

Wallahua’lam..

HILANG_JINBARA


~~Di sebalik lirik "Ke Pangkal Impian" by SOS~~


~~Hidup masih berterusan… mencari ertinya cinta… yang lahir dari jiwa… dan pudar di bibir cinta dusta…~~

~~Dan aku masih terlena… dalam mimpi tak berwarna… mengharapkan cahaya… tapi fajar tak menjelma…~~

~~Dahaganya hasrat… menantikan kudrat… kering layu dalam kalbu… bernoda harapan… tercemar impian… dalam kasih tanpa rindu… tersesatlah rindu… di jalan yang berliku dan berdebu… kerana mencari kekasihku yang satu…~~

~~Di manakah cahayamu…. Di manakah harapanku… kasih… bawalah daku bersamamu… ke pangkal impianku yang dahulu… kekasihku kau yang satu… cahayamu aku rindu…~~

***
(Makna Lirik)

~~Rangkap pertama menjelaskan tentang seorang hamba yang masih mencari cinta. Sebuah cinta yang Maha Agung, Bersih dan Suci yang sememangnya ada di sudut hati nurani setiap manusia ciptaanNya. Dan cinta itu semakin pudar di sirna dusta dunia.  Firman Allah: “Jangan sesekali kamu menjual ayatku dengan harga yang murah.” Namun, larangan Allah itulah yang sedang bermaharajalela zaman ini.

~~Penulis mengatakan bahawa dia masih belum berjumpa dengan cahaya kebenaran. Mujur sekali dia menyedari bahawa dia sedang mengalami dimensi “leka dan lalai” yang masih mengharapkan sinar cahaya kebenaran, walaupun masih samar jalannya. Setiap hamba itu telah diaturkan cara serta jalan yang perlu ditempuhinya dalam misi mencapai matlamat meraih cinta Allah. Dan apa yang perlu mereka lakukan adalah bersabar dan terus bertaqwa kepada Allah. Kerana dua sifat itu amat disukai oleh Allah. Dan merekalah ciri orang yang beriman. Sesungguhnya Allah itu tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan dalam menempuh pelbagai dugaan. Sesuai dengan sifatNya… “Pengasih dan Penyayang.” Dialah Maha Penunjuk Jalan Kebenaran.

~~Rangkap ketiga- Demi meraih cinta semula kasih dan cinta Allah yang telah lama ditinggalkan, pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuh oleh penulis. Terkadang dugaan yang melintang tiba menjadikan rindunya semakin tawar…terkadang pula, impiannya hampir layu dan berkecai. Apakah si DIA sudah merajuk? TIDAK! Kerana DIA masih lagi menganugerahkan nikmat rasa rindu dalam kehilangan kepada hambaNya.

~~Rangkap terakhir, penulis masih lagi merayu mendayu agar  diterima kembali taubatnya. Dia ingin kembali berserta Allah untuk terus kembali ke pangkal impian, hanya untuk memateri janji yang telah dilafazkan dahulu.

ADAKAH ANDA MASIH INGAT JANJI KITA KEPADA DIA? SEBELUM SUBUH BERANJAK SENJA…AYUH KITA SAMA-SAMA KEMBALI MENGINGATI JANJI ITU…”


Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com