~~di sebalik "KIAS FANSURI by M.NASIR~~


~~Tak sempat dipapas…hidangan ku habis… bila ku terpandang… dia melangkah… masuk hendak menjamu selera…~~

~~Geletar tubuhku… di belakang tabir… bilaku terdengar… namaku dipanggil… Dia matanya merah menyala… dia hadiahkan tubuhku … tujuh lacutan pedang saktinya… dia…~~

~~Jangan sesekali kau ceritakan…pengalamanmu Yusuf… takut-takut mengundang bencana…~~

~~Siapa tahu… betapa berat cinta yang ditanggung… sehingga dia sanggup lakukan… biar apa saja demi mendapatkan… restu sultan cahaya hatinya…~~

~~Tak sia-sia azam Zulaikha… bisa jadi cermin mengintai jiwa… Tak sia-sia azam Zulaikha… bisa jadi lorong insane bercinta…~~

~~Bisikan memujuk… memupuk nurani… lalu terbukalah pintu yang menghijab…~~

~~Dia… aku kenal dia lama dahulu… dia… yang melamarku dalam mimpi…~~

~~Kias fansuri… mawar berduri…
Kias fansuri… lembah yang sepi…
Kias fansuri… madah bersari…
Kias fansuri… langit yang tinggi…~~

***
(makna lirik)

~~Lagu Kias Fansuri merupakan sebuh lagu yang penuh dengan simbolik. Rangkap pertama dan kedua menceritakan tentang perjalanan seorang hamba yang sedang mengembara mencari DIRI.
-         “matanya merah menyala” merupakan simbolik untuk diri hamba yang belum disucikan.
-         “tujuh” merupakan sebanyak tujuh bahagian di dalam diri yang wajib disucikan.
-         “lacutan pedang sakti” simbolik kepada pembersihan menyeluruh ketujuh-tujuh maqam. Pastilah sakitnya ibarat disebat menggunakan pedang tajam setimpal dengan dosa hamba. Kesannya tidak kelihatan, tetapi sakitnya begitu menusuk. Itulah yang dimaksudkan dengan “sakti”.

~~Rangkap ketiga menerangkan bahawa ilmu mengenal Allah merupakan sebuah ilmu yang rahsia. Apa yang dilihat hanya untuk diri sendiri. Jangan sesekali menceritakan pada yang bukan ahli, kelak merana diri.
-         “Yusuf” simbolik kepada DIRI

~~Tiada siapa pun tahu tentang kehebatan cinta yang ditanggung. Mereka yang asyik dalam cinta Allah sanggup melakukan apa sahaja asalkan beroleh cinta hakiki. Restu Allah untuk sang hamba mendapatkan cintaNYA.

~~”Zulaikha” simbolik kepada hamba. Hamba yang kuat azamnya, pasti dapat melihat DIRI. Hamba yang kuat cita-citanya, pasti dilorongkan jalannya. Jalan menuju cinta Ilahi.

~~”Bisikan” diertikan sebagai alunan zikir yang direntakkan secara perlahan, seolah-olah berbisik, dan terkadang hanya bergema di dalam diri sahaja. Bisikan yang memujuk dan merayu di hati nurani, akhirnya telah tiba dikemuncak apabila terserlah DIRI mnghadap diri.

~~sang DIRI yang dahulunya disalut dengan kekotoran, telah suci. Diri mengenal DIRI kembali.

~~”Fansuri” pemilik kepada nama Hamzah Fansuri. Beliau merupakan penyair tersohor di alam melayu abad ke-16. Beliau adalah seorang intelektual dan ahli sufi yang terkemuka dan dianggap perintis dalam pelbagai bidang keilmuan. Contoh syair Hamzah Fansuri:

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah I’tikad diperbetuli sudah.

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tidaklah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalam membetuli insan.

~~Kias Fansuri… mawar berduri…
-         kias fansuri… kata-katanya menusuk kalbu

~~Kias Fansuri… Lembah yang sepi…
-         kias fansuri… banyak menceritakan tentang ‘lembah’ di dalam diri manusia. Lembah yang tidak semua orang tahu biarpun ianya hanya di dalam diri sendiri.

~~Kias fansuri… madah bersari…
-         kias fansuri… madahnya bukan madah kosong.

~~Kias Fansuri… Langit yang tinggi…
-         kias fansuri… kedudukannya sangat tinggi. Dari segi bahasanya dan maksud yang cuba disampaikan…

WALLAHUA’LAM

KIAS FANSURI_M.NASIR


5 comments:

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
    Suka sy sarankan bahwa ada lg cerita sebenar cinta zuleikha pada yusuf... Cuba la tuan baca karangan radzi sapiee dalam buku yg bertajuk berpetualang ke aceh... Byk cerita yg dpt dikupas utk syair hamzah fansuri... Jika kata m nasir dlm lagu tu... Kias fansuri mawar berduri.. Kerna maksudnya mendalam... Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      ~~sebenarnya dalam lagu2 ni saya cuma kupas atas dasar simbolik. saya bukan guna makna yang terus dari lagu tu. tapi, lain pendengar, lain pendapat. ini cuma tafsiran dari akal lemah saya saja. hehehe

      Delete
  2. Aku melihat, lirik lagu ini berkisar pasal kisah zulaikha dan nabi yusuf. Wallahua'lam.

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com