~~Di sebalik lirik "Ke Pangkal Impian" by SOS~~


~~Hidup masih berterusan… mencari ertinya cinta… yang lahir dari jiwa… dan pudar di bibir cinta dusta…~~

~~Dan aku masih terlena… dalam mimpi tak berwarna… mengharapkan cahaya… tapi fajar tak menjelma…~~

~~Dahaganya hasrat… menantikan kudrat… kering layu dalam kalbu… bernoda harapan… tercemar impian… dalam kasih tanpa rindu… tersesatlah rindu… di jalan yang berliku dan berdebu… kerana mencari kekasihku yang satu…~~

~~Di manakah cahayamu…. Di manakah harapanku… kasih… bawalah daku bersamamu… ke pangkal impianku yang dahulu… kekasihku kau yang satu… cahayamu aku rindu…~~

***
(Makna Lirik)

~~Rangkap pertama menjelaskan tentang seorang hamba yang masih mencari cinta. Sebuah cinta yang Maha Agung, Bersih dan Suci yang sememangnya ada di sudut hati nurani setiap manusia ciptaanNya. Dan cinta itu semakin pudar di sirna dusta dunia.  Firman Allah: “Jangan sesekali kamu menjual ayatku dengan harga yang murah.” Namun, larangan Allah itulah yang sedang bermaharajalela zaman ini.

~~Penulis mengatakan bahawa dia masih belum berjumpa dengan cahaya kebenaran. Mujur sekali dia menyedari bahawa dia sedang mengalami dimensi “leka dan lalai” yang masih mengharapkan sinar cahaya kebenaran, walaupun masih samar jalannya. Setiap hamba itu telah diaturkan cara serta jalan yang perlu ditempuhinya dalam misi mencapai matlamat meraih cinta Allah. Dan apa yang perlu mereka lakukan adalah bersabar dan terus bertaqwa kepada Allah. Kerana dua sifat itu amat disukai oleh Allah. Dan merekalah ciri orang yang beriman. Sesungguhnya Allah itu tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan dalam menempuh pelbagai dugaan. Sesuai dengan sifatNya… “Pengasih dan Penyayang.” Dialah Maha Penunjuk Jalan Kebenaran.

~~Rangkap ketiga- Demi meraih cinta semula kasih dan cinta Allah yang telah lama ditinggalkan, pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuh oleh penulis. Terkadang dugaan yang melintang tiba menjadikan rindunya semakin tawar…terkadang pula, impiannya hampir layu dan berkecai. Apakah si DIA sudah merajuk? TIDAK! Kerana DIA masih lagi menganugerahkan nikmat rasa rindu dalam kehilangan kepada hambaNya.

~~Rangkap terakhir, penulis masih lagi merayu mendayu agar  diterima kembali taubatnya. Dia ingin kembali berserta Allah untuk terus kembali ke pangkal impian, hanya untuk memateri janji yang telah dilafazkan dahulu.

ADAKAH ANDA MASIH INGAT JANJI KITA KEPADA DIA? SEBELUM SUBUH BERANJAK SENJA…AYUH KITA SAMA-SAMA KEMBALI MENGINGATI JANJI ITU…”


4 comments:

  1. best2 ditujukan bt diri ku sendiri..kalo buh video lagi syok sbb lagu lama kan ramai xtau rasanya lagu ni =p.btw tqvm sbb tolong translatekan bt gue..hehe


    =macit pinktriangle=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terlewat sket translate nya. huhu

      Delete
  2. ade juge lagu ni ye, ni lagu rock kapak dulu2 nih.. saya bersahabat dgn org yg nyanyi lagu ni, dah kenal dia setahun baru saya tau dia yg pernah jd penyanyi,huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? mcm mana lah cerita nya baru tau dia tu penyanyi ye. hahah

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com