~~AKUR JANJI- Eddie Hamid ft. Wanie~~


~~Tak pernah ku menduga… kan bertemu denganmu… bersatu di alam cinta…

~~Tak pernah ku merasakan… bahagia begini…di sisimu…

~~Kekasihku sayangkan kamu…cintaku kasihku untukmu… kekasihku hanya kau ku mahu… hidup dan mati bersamamu…

~~Akur janji… setia padamu… akur janji menjaga hatimu… akur janji jiwa dan ragaku… ku serah padamu…

~~Akur janji…ku hanya untukmu… Akur janji…kaulah kekasihku… Akur janji seluruh hidupku… ku serah padamu…

~~Aku tak bisa sendiri tanpamu… sedetik pun ku tak mampu… sejuk hatiku memandangmu…

~~Hatiku hatimu telah bertemu… sayangmu sayangku jadi satu…. Rindumu rinduku disimpulkan… terciptalah sebuah ikatan…

~~Ku percaya jodohku denganmu… Ku percaya kau permaisuriku… ku percaya… kasih sayang kita kan kekal abadi… moga tuhan merestui…~~

***

(makna lirik)

~~Akur janji mengisahkan tentang kebahagiaan seorang hamba apabila dia telah mencapai tahap makrifatullah, mahabbatullah. Segala cinta, kasih bahkan hidup dan matinya hanyalah untuk Allah.

~~Setianya si hamba hanyalah pada Allah. Hati yang dikurniakan Allah itu adalah suatu kurniaan yang perlu dijaga, dibersihkan dan disucikan dari segala macam sifat mazmumah. Kerana Allah telah memberitahu seawal penciptaan manusia bahawa hati manusia yang beriman itu adalah rumahNya.

~~Pada rangkap kelima, penulis menyatakan bahawa dia tidak boleh menjalani hidup tanpa adanya DIA walaupun sedetik. Apabila dzatNYA menjelma, tenanglah hati sang perintih cinta.

~~”Hatiku hatimu”, “sayangku sayangmu”, “rinduku rindumu” merujuk kepada penyatuan dua cinta menjadi satu. Sebuah ikatan yang sukar diterjemahkan oleh mana-mana manusia melainkan mereka yang mengenal Diri.

~~”Permaisuri” lazimnya merujuk kepada wanita. Yang juga sering dimadahkan sebagai hiasan dunia. Apabila dikatakan sebagai “hiasan” pastilah keseluruhannya memiliki sifat yang cantik dan menawan. Jadi dalam konteks lagu ini, permaisuri adalah simbolik kepada sifat kecantikan Allah. Setiap hamba pasti akan berjumpa dan berjodohan dengan Allah. Tetapi bersyarat dengan mempercayai dan mencari Dia di mana. 'Pandanglah' DIA di mana pun kita berada. Semoga Allah merestui cinta kita denganNYA.~~

Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com