~~Disebalik lirik "Teman pengganti"- Malique ft black~~




~~Ketawa bersama… menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama…

~~sejak dua menjak ini… makin kerap ku diganggu visi… bila celik juga bila mimpi… aku Nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi… dia membelaimu dengan izin dan permisi… sentuhan katanya semuanya kau iakan… sentuhan jari kau diamkan dan biarkan… aku redha walau tidak ku damba… walau hampa semuanya dah dijangka…

~~Beberapa purnama dulu cinta bertakhta… kenangan dibina kita indah belaka… ketawa bersama menangis bersama…. Namun hakikatnya bukan mudah… aku sembunyikan gulana gundah…. Segalanya kan berubah… dengarkan apa yang ku mahu luah…

~~Rahsia ini telah lama aku pendamkan… tiba masanya segala-galanya ku ceritakan… aku kan pergi… pergiku tak akan kembali… tiba masanya kau cari teman pengganti…

~~Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias… kita tak terlepas dari terkena tempias…. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias… tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas… hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks… dalam disleksia cuba kekal dalam konteks… bila dunia seolah tak memahami… kau sudi selami, dalami dan mengalami…

~~Setia mendengar, sentiasa hadir… ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir… tiba pagi syawal kaulah yang terawal… syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal… 70 ribu hijab harus ku singkap… ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap…

~~Dalam diam ada seorang ku puja… kau teristimewa tapi dia yang sempurna…

~~Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan… dalam persekitaran yang penuh dengan kejumudan… terperangkap dalam jasad, ku keliru… mujur ada kau si peneutralisasi pilu… namun aku tetap murung, berkurung… tubuh makin susut menunggu tarikh luput… komplikasi di halaman rusuk kiri, makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri…

~~Lagu ini yang terakhir aku sajikan… kalau rindu nanti boleh kau nyanyikan… jaga diri jangan makan hati… yang patahkan tumbuh, yang hilang kan berganti…. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… cincin, kunci dompet dalam laci… ada sikit wang itu saja baki… moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

~~Aku kan pergi…bertemu kekasih abadi… tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

***
(Makna Lirik)

~~(secara hakikatnya, roh itu sentiasa mendambakan cinta Allah. dan makanan bagi roh itu amal ibadah. namun sifat manusia itu tidak mahu mencari cinta yang abadi. kerana mereka buta menilai biarpun 'cinta' itu sudah ada lakarannya di dalam al-quran. rangkap ini menceritakan bahawa roh mahu bersama-sama dengan jasad dalam meraih cinta Allah sehingga ke akhir hayat mereka)

~~Namun harapan itu seakan terkubur apabila diri Roh melihat di samping jasmaninya tiada berserta Allah lagi. Bahkan sesuatu yang bersifat jahil (keduniaan) sedang menemani diri jasad. Ini bererti sang hamba semakin lalai dengan nikmat dunia sehingga secara tidak sedar telah melupakan DIA.

~~Rangkap ketiga, mengimbau peristiwa di mana sang hamba sedang asyik bercinta dengan DIA, segalanya indah. ‘Ketawa bersama, menangis bersama’ diertikan sebagai kehidupan yang adakalanya sukar dan adakalanya menggembirakan. DIA sentiasa ada bersama hambaNya. DIAlah perungkai masalah hamba yang dikasihiNya.

~~Rahsia apakah yang bersifat terpendam? Itulah rahsia antara DIA dan hambaNya. Rahsia yang jelas dinyatakan  tetapi perlu mencari untuk melihat apa yang tersirat didalam tersurat.  Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Petunjuk. Selangkah kita melupakan DIA, selangkah jua DIA melupakan kita. Tetapi harus beringat akan azab yang menanti. Maka, nikmat yang manakah harus kita dustakan? Tuhan yang bagaimana boleh menjadi penggantiNya?

~~Rangkap kelima, mengisahkan tentang sang hamba yang akhirnya mengakui kebenaran cinta hakiki. Mahabbatullah. Dalam dunia pancaroba, DIA tidak terlepas dari terkena tempias. makhlukNya sendiri yang mendustakan agamaNya. makhlukNya sendiri menghina DIA. Tetapi, hamba yang menjadi kekasihNya, hamba yang mengenaliNya, hamba yang mencintaiNya… pasti tidak akan terusik dengan perkara sebegitu. Mereka ini adalah golongan yang tetap dengan pendirian dan tetap imannya. Hanya golongan ini yang memahami isi dan ayat sebenar “naskah lama” (al-Quran)walaupun masih sukar, namun tetap dengan keadaan itu.

~~Rangkap keenam bermaksud, situasi sang hamba dalam keadaam penyerahan diri kepada Allah.
- ‘Setia mendengar’.. itulah zikrullah
- ‘Sentiasa hadir’… itulah keadaan diri sebenar-benar diri. 
- ‘Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir’… simbolik kepada sebuah perhubungan yang erat. Setiap apa mengenai DIA, sudah kukuh terpatri dalam hati sanubari. Mana mungkin ada yang mampu menggugahnya.
- ‘Syawal’= sinonim dengan bulan menyambut aidilfitri, juga kemenangan umat Islam yg berpuasa. Namun, dalam lagu ini berbeza maksudnya. Maksudnya di sini adalah kemenangan seorang hamba yang beriman dalam peperangan menentang hawa nafsu.
-‘kaulah yang terawal’ merujuk kepada DIRI sebenar-benar diri sudah muncul.
-’70 ribu hijab harus ku singkap’ bermaksud penyerahan tahlil kepada 7 manusia penting setiap seorang sebanyak 70 ribu.
-‘ku sorok kitab balik tingkap hinggap’ merujuk kepada ilmu hakikat yang bersifat tersembunyi bertujuan untuk menjernihkan diri roh yang bagaikan terpenjara. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘sucikanlah nama tuhanmu dengan zikrullah’.

~~Rangkap ketujuh: kembali kepada keadaan penulis, dia menyatakan bahawa dunia itu istimewa baginya, namun tidak dapat menandingi keistimewaan dan kesempurnaan Allah.

~~Penulis masih mencari  fungsi wujudnya dia. Dia keliru dan terperangkap dalam alam roh, mujur ada si peneutralisasi (Allah),
-‘murung berkurung dan tubuh kian susut’ menggambarkan keadaan diri penulis yang benar-benar cintakan Allah. Dia hanya menunggu ‘maut’ datang menjemput untuk bertemu DIA.
-komplikasi di halaman rusuk kiri’ simbolik kepada kedudukan jantung dan hati. Penuhkan hatimu dengan DIA.. degupkan degupan jantungmu berserta DIA (zikir).

~~’Lagu ini yang terakhir aku sajikan’ bermaksud ucapan zikrullah itu sendiri. di akhir hakikat 'kehidupan' sudah tiada huruf dan suara. lalu yang terakhir itu adalah 'ingatan pada Allah'. Ucapkan nama DIA dikala rindukan DIA. Jaga DIRImu yang telah bersih, jangan dikotorkan kembali.
-‘Jangan makan hati’ simbolik kepada pengotoran hati setelah melakukan pembersihan hati.
-‘Yang patahkan tumbuh, yang hilangkan berganti’ bermaksud lawanlah hawa nafsu sehingga diganti nafsu itu dengan nafsu mencintai Allah. kerana perang yang paling besar adalah melawan hawa nafsu.
-‘bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi’ simbolik kepada pembersihan hati yang hakiki. keempat-empat alam (mulki, malakut, jabarut dan lahut), keempat-empat anasir zahir (tanah, air, angin dan api) dan keempat-empat anasir batin (dzat, sifat, asma dan afaal) telah lengkap 'pengisiannya'.
-‘cincin, kunci , dompet dalam laci’ simbolik kepada keduniaan. penulis menyatakan bahawa dia menyimpan segala kemewahan dan kenikmatan dunia jauh dilubuk hati.
-‘wang’ simbolik kepada jumlah amalan, semoga cukup untuk suatu perjalanan yang jauh.

~~Aku kan pergi… bertemu kekasih abadi…tiba masanya kau cari teman pengganti…~~

Wallahu’alam

41 comments:

  1. Nice song , isnt it ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..ya allah kau tlah brikn kmi khdupan..tapi ta pnh kmi hargai kau sebaik mgkin..kmi hina dr kmi.kmi tdak thu erti ALLAH.ya ALLAH kau berikn kmi perjuangn yg utuh d sisimu.agar kmi tdak trpesong ke arah yg mndustakn dr kmi..YA ALLAH sesungguhnya kau pncipta kmi..pncipta alam semesta..kurniakn lh hti kmi kesuciaan..YA ALLAH kau brikn aq kinsafan dn tetapkn lh pndrianku..amin

      Delete
    2. YA ALLAH kau ikhlaskn lha aty kmi dgn pembelajaran mu yg tlah kau brikn dlm bntuk ilmu mu ya teragung iaitu AL QURAN..YA ALLAH kau briknlh kmi nkmt dn keberkatn yg kmi smua impikn..kau betulknlh stiap lgkah pjalnan kmi..YA ALLAH sesungghnya hya pd kau kmi berserah dn hya pd kau kmi brserah..ssungnya kau maha mgetahui sumanya yg trkndg pd umatmu..serta kata tersirt oleh kmi.

      Delete
    3. aralex arelip jendrahara(mr aftoonkochalutus)layari favebook

      Delete
  2. ya. penuh dengan inti dan erti :)

    ReplyDelete
  3. Betl ke ini maksud nye?????
    Tapi,tak terangkan semua lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam blog hanya terangkan secara asas. nak tahu lebih...boleh menerusi email.

      ~~sebenarnya ini hanya dari tafsiran saya. mungkin maksudnya berbeza kalau melihat dari sudut pandangan penulis. saya tak boleh baca fikiran penulis. heheh. :)

      Delete
    2. sofya..
      Ad fb tk...

      Delete
    3. ada. ni fb saya https://www.facebook.com/wan.n.nor

      Delete
    4. Sy x taw nk pgl puan @ cik,mungkin so far sy pgl sofia awak je lah...tp sudikah jd friend fb sy?add la sy Zul_azizol@yahoo.com
      Boleh tkr2 pendapat & ilmu...haa awak ni ada belajar hakikat ke (tasauf)

      Delete
  4. penuh erti dan puitis liriknya. Subhanallah~ :)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. Indah maksud yg tsembunyi.. Lagu ni boleh dilihat dr byk sudut pndgn dan andai dilihat dari sudut islamik inilah yang terkonklusi. Sangat menyentuh qalbu. Tahniah sofya. Awak membuka minda dgn tafsiran islamik dr lirik lagu ini. May god bless :)

    ReplyDelete
  6. subhanAllah...andai inilah yg di gambarkan oleh malique.....sungguh indah rahsianya.....

    ReplyDelete
  7. salam sofya.. Teruskan penulisan kamu yg bermutu dan penuh pengisian..

    ReplyDelete
  8. Analisa yg baik.
    Bagi saya pula, lagu ini dikarang penulis yang mengalami kanser hati dan menunggu hari2 terakhir berkurung di rumah setia ditemani isteri tersayang. Walaupun pedih, penulis redha dan berharap selepas pemergiannya ke sisi Ilahi nanti, isterinya akan cari teman pengganti...wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pndpt Abdullah Mohamad Nawawi adalah mesej sbnr yg ingin dsampaikan dlm lagu ni sbb bila tengok video klip tu ttg seorang yg dah sakit, menunggu hari terakhir. tapi bila dianalisa lebih terperinci, maksudnya lebih mendalam. kot2 bleh tanya kat malique @ black mksd sbnr lagu ni. hehe. anyway analisa yg sgt baik, dan lagu yang terrbaik..

      Delete
    2. salam warahmatullah. lagu2 yg saya tafsir dalam blog ni, semua berkenaan hakikat cinta pada ALlah semata. tiada hakikat cinta sesama manusia. :)

      ~~Mungkin bagi malique sendiri, dia maksudkan lagu ni seperti yang anda huraikan tu. heheh :)

      Delete
    3. Biasa la yg tersurat ni mudah dapat,yg tersirat ni susah.. manusia kan suka benda yg mudah2 je, baik ambil yg mudah dr yg susah2 betol x? Tapi manusia mudah terleka bahawa yg tersirat tu boleh jadi mudah bila wujud kemahuan dan keinginan, tinggal mahu atau tidak je, semua dah depan mata, dengar la pulak lagu dali filsuf, jamal abdillah, m.nasir dan yg seangkatan dengan nya.. lagu cintan cintun ke lagu ape yg diperdengarkan depa, adalah amat beruntung bg org2 yg berfikir, salamun..

      Delete
  9. salam ...bkn ke "tibapagi syawal kau lah yg terawal , syawal yg terakhr pasti rasa janggal "bermaksud wanita itu melawat kuburnya pada pagi syawal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      ~~Huraian yg cuba awak buat tu huraian atas makna sebenar perkataan. manakala huraian yang saya buat pula adalah makna simbolik atas perkataan. lagipula kesemua tafsir lagu yang saya buat dalam blog ni berasaskan hakikat cinta Hamba kepada Allah. bukanlah hakikat cinta Hamba sesama hamba. disebabkan itu, saya namakan blog saya "mencari diri".. harap anda semua faham matlamat blog saya sebenarnya. :)

      Delete
  10. ntahapehapentah...
    ko ni merepek la minah oiii...
    perasan je lebih...
    sakit hati aku baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den raso ekau yg tak pham apo yg tuan tanah nie cubo sampai an..kok xpham dok ontok2 :) syabas kek tuan tanah penghuraian yg ringkas n padat :) den suko amek2

      Delete
    2. Den raso ekau yg tak pham apo yg tuan tanah nie cubo sampai an..kok xpham dok ontok2 :) syabas kek tuan tanah penghuraian yg ringkas n padat :) den suko amek2

      Delete
    3. maafkan mereka, mereka tidak tahu, mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu..

      Delete
  11. Barang sesuatu itu dilihat jika tidak nampak Allah padanya, maka pandangan itu hanyalah sia-sia... Tahniah sofya...teruskan usaha murni mu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita menulis utk yg sudi memahami. alhamdulillah :)

      Delete
  12. ku bersumpah agar kt mati pun bersama...

    ReplyDelete
  13. terima kasih untuk tafsiran tu.. ;)

    ReplyDelete
  14. nice....suka dgn ape yg awk cuba tafsirkn...

    ReplyDelete
  15. salam,sebenarnya tuan malique ni anak murid sape ye?

    ReplyDelete
  16. tuan/puan empunya BLOG ni kalau tak keberatan boleh saya tahu lebih lanjut tentang diri tuan /puan...

    ReplyDelete
  17. sangat sangat sangat mendalam...terima kasih

    ReplyDelete
  18. Kak yg lafazkan tahlil pada 7 org yg penting tu dengan surah al ikhlas 100,000× kan? tebus diri kn? maaf saya masih lagi betfikiran jumud tapi saya ingin mencari jalan pulang. :)

    ReplyDelete
  19. awat banyak pulak org salah channel masuk komen kat blog ni?.. tengok la entri yg lain nu sama. ni bukan blog kulit..

    ReplyDelete
  20. Hakikat Hidup sebenar..."aku kn pergi bertemu kekasih abadi(bginda rasullullah s.A.W) tiba masanya kau=(dunia)cari teman pengganti..Namun lirik terakhir ini hanya terdapat dlm diri insan yg makrifat dengan maha pencipta..Bila diri sdh bnar2 mngenal diri sendiri dan mngenal tuhan yg maha kekal(Ya Baqi)...Ini kefahaman sy..

    ReplyDelete
  21. Terbaik t.Tanah...Ringkas,tp smpai pd pemahaman sy..Trima kasih

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com