~~Pelayaran by May~~




~~Berilah peluang kepada diriku ini… meneruskan pelayaran ini… dan mencari secebis erti… untuk aku berdiri…

~~Usahlah kau menghalang diriku… untuk mengejar cita ini… agar kau capai kejayaan… dalam hidup…

~~Ku hanya memberi satu kesenian… untuk dinikmati bersama… akan ku hulur dengan caraku… yang ikhlas ini…

~~Aku juga insan sepertimu… perlu melengkapkan diri… melalui lorong hidupku… akan ku teruskan pelayaran ini… sehingga hujungnya…~~

***
(Makna lirik)

~~Lagu pelayaran pada rangkap pertama mengisahkan tentang aku iaitu DIRI (Rohani) memohon agar dia diberikan peluang oleh diri (jasmani) untuk meneruskan sebuah pelayaran. Bukanlah pelayaran biasa, bahkan sebuah pelayaran untuk mencari sebuah erti ‘kehidupan’ yang kekal abadi.~~

~~Rangkap kedua, DIRI mengingatkan  pasangannya agar tidak menghalanginya untuk terus mengejar sebuah cita-cita abadi. Cinta Allah.  Asal sahaja hubungan dengan Allah itu baik, maka segala kejayaan pasti dapat dicapai. Inilah yang dimaksudkan dengan  “Kejarlah akhirat, pasti dunia mengekorimu.”~~

~~Ilmu mengenal Allah, ilmu mencintai Allah bukanlah sekadar ilmu hakikat, bahkan turut berkait rapat dengan kesenian. Sebuah kesenian yang halus…yang harus diperhalusi, harus dititikberatkan, harus diukir cantik biarpun banyak sekali ‘contengan’ asing (dugaan) yang wujud. Kedua-dua mereka (jasad dan roh) perlu saling melengkapi untuk menikmati hasil karya Maha Agung. Kerana DIAlah pencipta segalanya. Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Bisakah kita menghuraikan satu demi satu? Inilah caranya rohani dapat membantu jasmani agar sama-sama berada dalam fanalillah.~~

~~Sepertimana jasad, seperti itulah keadaan roh. Jika jasad itu baik sifatnya, begitu juga halnya dengan roh. Jika jasad itu haiwan sifatnya… begitulah keadaan roh. Kerana roh juga bersifat insani sepertimana jasad. Tidakkah ada sifat peri kemanusiaan dalam diri? Jasad dan roh ada makanan. Tetapi apa yang membezakan… pemakanan jasad akan memberi kesan buruk kepada  roh. perkara sebaliknya berlaku dalam ‘pemakanan’ roh…tidak memberikan kesan buruk bahkan kesan yg baik kepada jasad. Apakah makan roh? Itulah perbuatan mulia berlandaskan kecintaan kepada Allah sehinggakan DIRI itu hilang dalam cinta Allah. Inilah lorong sebuah kehidupan. Inilah destinasi sebuah pelayaran. Meraih cinta Allah sehingga mampu berserta DIA dalam pelbagai situasi…~~

WALLAHU’ALAM
Pelayaran_MAY

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com