~~di sebalik "Hijab Kekasih by M. Nasir"~~


~~Malai rinduku merintih… kecintaan…
Duduk termenung hanya bingung… kerinduan…
Walaupun jauh dari nyata…
Kasih dan sayang telah lama ku satukan…
Semua kasihku dalam gemala…
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini…
Masyhur rupamu di mata kalbu ini…
Berbaringan diusik rindu azali…
Di manakah kekasih…
Yang jauh dariku… memakan debu…
Rindumu… segenap nafasku melihat renunganmu…
Wangi dan harum kau kekasih…
Antara lamunan segala kalimahku ini…
Siapa yang mengerti…

Menghilang tahun ku tahan dahaga…
Setelah habis madah sang puteri…
Pautan kasih ku kenal sendiri…
Teringin ku melihat sebalik hijabmu…
Wajah yang ku puja…

Kekasih lama sudah aku menunggu…
Larut nan denai larat nan damai…
Haram kelamin untuk kita bercerai…
Kasih dan sayang dalam keredhaanMu…~~

***

(Makna Lirik)

#Hijab kekasih secara keseluruhan masih mengekalkan prinsip tentang percintaan seorang hamba kepada Khaliqnya.

~~Penulis menyatakan bahawa dia amat merindui Tuhannya… amat mencintai Tuhannya. Sesungguhnya dia telah melalui fasa sirna dalam cahaya. Dia telah berjumpa dengan DIA yang Maha Terpendam dan Tersembunyi. Lalu keadaan itu, membuatkan dirinya asyik dalam menungan kerinduan. Merindui ‘kehadiran’ DIA. Walaupun DIA itu tidak hadir dalam bentuk nyata… tetapi sudah terlalu cukup untuk si perindu ini terus menyulam kasih dan sayang kepada DIA. Kasih dan sayang…nafi dan isbat lalu disandingkan. ‘Ke laut jawi’ bermaksud ke dasar alam yang tiada siapa mampu menembusinya…melainkan si perindu tegar dan hanya DIA.

~~Rangkap kedua mengisahkan tentang pencarian dalam cahaya si perindu membuahkan hasil. Tersingkaplah hijab, sirna di dalamnya, timbullah DIA. Sesungguhnya DIA itu terlalu suci dan sukar untuk dimisalkan DIRINYA. ‘Rindu azali’ itu bermaksud rindu yang telah lama terakam di jiwa. Rindu untuk ‘berhadapan’ dengan DIA seperti dimensi bukan di alam Syahadah…itulah alam Lahut. ‘Segenap nafasku melihat renunganmu’  bererti setiap turun naiknya nafas si perindu, pasti berserta DIA. Penulis turut menyelitkan pesanan dalam ayat tersebut betapa Allah itu mustahil untuk berlepas pandangan dalam menyaksikan perbuatan hambaNya. ‘Antara lamunan segala kalimahku ini’  membawa maksud bahawa penulis menulis lirik ini seperti dalam keadaan tiada tersedar. Dia hanya menulis atas bisikan yang lahir dari jiwa… namun,..siapa kan mengerti puitis lagu ini… tentang dunia hakikat…

~~’Menghilang tahun ku tahan dahaga’ bermaksud jiwanya begitu terseksa menahan rasa rindu yang tiada pasti di mana penghujungnya. Ibaratnya, sudah terteguk air yang lazat rasanya, pasti akan menginginkannya lagi… tiada lagi madah puitis (zikir) untuk sang puteri ( menggambarkan sifat kecantikan Allah) melainkan ‘Aku menyaksikan….’

~~Sesungguhnya si perindu amat merindui Kekasihnya. Biarpun pelbagai dugaan hadir. Namun dugaan itulah yang menambahkan rasa kecintaannya kepada DIA. Larut nan denai larat nan damai…

~~’ Haram kelamin untuk kita bercerai’ bermaksud hidup itu hanyalah untuk DIA. Di mana kita berada… di situlah ada DIA. Di mana kita berhadapan… Di situlah Wajhullah… “Aku berserta DIA”… ungkapan yang dipegang oleh penulis… syiriklah seseorang itu apabila mengatakan dirinya melakukan itu dan ini...

Wallahua’lam

HIJAB KEKASIH_M NASIR


~~tentang "Buat seorang kekasih by Slam"~~


~~Oh Sepi terasa... setelah cinta pudar di hati...
Tak mungkin dapat.. ku melupakan...
Kerana dialah kekasihku...

~~Dan di saat ini...
Ku masih terus menyintaimu...
Melupaimu tak mungin berkubur...
Terdengar suaramu memanggilku...

~~Dahulu kita sungguh mesranya...
Bergurau senda saling menyayang...
Kita berjanji sumpah setia..
Hingga ke akhir hayat ingin bersama..

~~Kita merancang tuhan tentukan...
Tiba masanya kau pergi...
Tak kembali...

~~Tinggal aku keseorangan...
Tiada lagi gurau sendamu...
Siang malam sepi ku rasa...
Aku rindu kemesraanmu...

~~Ku terkilan hajat tak sampai...
Kasih putus di tengah jalan...
Tinggal aku keseorangan...
Tiada lagi gurau sendamu...~~

*** 

(Makna Lirik)

~~Sebuah lagu yang menceritakan tentang Diri Rohani yang merindui diri jasmaninya. Cinta sang jasad hanya sementara cuma. Namun begitu, tidak mungkin Diri akan melupakan pasangannya. kerana jasad dan roh itu adalah satu. hidupnya jasad kerana adanya roh.

~~Dan sehingga detik itu, Diri Roh masih terus mencintai sang jasad. kerana cintanya masih teguh dan utuh. itulah perbezaan cinta Allah dengan cinta manusia yang ternyata bersifat sementara. cinta Allah itu bersifat kekal dan abadi. Allah itu tidak akan melupakan hambaNya. tetapi hambaNya sering melupakan DIA. Bahkan jua bersikap sombong dan bongkak. Tidakkah engkau tahu bahawa DIA itu Raja Penguasa Alam?

~~Dahulu ketika engkau tiada mengenal dunia, engkau bebas dari dosa, engkau tiada kudrat, kepada DIAlah engkau bergantung. di hatimu hanya DIA yang bertakhta. engkau berjanji untuk mencintai hanya DIA... Bahkan takkan berpaling cintamu. namun kini...?

~~Engkau seolah-olah tidak lagi menoleh kepadaNya. Engkau sombong, riak, bangga... akankah engkau akan kembali padaNya?

~~Kayalah sang jasad dengan nikmat dunia. menderitalah sang roh tiada santapannya. hiduplah Diri roh ibarat insan gelandangan... tiada lagi kemesraan..

~~Tinggallah Diri roh sendirian. digunakan sebagai alat untuk meneruskan hidup tanpa dibayar ganjarannya. begitu parasitnya engkau. sesungguhnya hajat untuk memadu kasih cinta Allah, tiada kesampaian...~~

Wallahu'alam

Buat Seorang Kekasih by Slam


~~Di sebalik "SEGALANYA KU TERIMA by Ilusi"~~



~~Aku yang kehilangan… dalam diri sendiri… terkurung dalam bayanganmu…~~

~~Gelak ketawa engkau… bagai bertahun dulu… menyeretku ke syurga kita…~~

~~Itu … mimpi yang terkenang… membuat aku terbuang… tika memapah semangat… yang masih ada…~~

~~Cerita silam ini… menjadi racun bisa… dan kini aku pun melara…~~

~~Terlemas di dataran…di lambung ombak hidup… pun aku masih menantimu…~~

~~Akan tersingkapkah cinta… yang telah sekian lama… kita dodoikan bersama… di mimpi ngeri…~~

~~Biarpun masih tergagah… menjulang cinta yang patah… sebenarnya aku kesepian.. dan aku masih cinta…~~

~~Diri ini penuh luka… yang tidak akan tertutup… meskipun ada pengganti… seiras wajah…~~

***

(Makna lirik)

~~Secara keseluruhan lagu dendangan kumpulan Ilusi ini membawa maksud tertentu. Lain pendengar, lain pula tafsiran mereka atas lagu ini.

~~Rangkap pertama: mengisahkan bahawa “aku” yang boleh diberi maksud sinonim dengan  rangkaian perkataan “Seorang manusia”, “seorang hamba”, atau lebih tepat dalam ilmu hakikat digelar sebagai “diri rohani” yang hilang dalam diri sendiri. Bermakna sang diri itu berada dalam keadaan fana Allah iaitu “diri” telah hancur lebur dalam ingatan pada Allah. Hanya Allah.

~~”Gelak ketawa” adalah simbolik kepada kemesraan atau sifat pengasih dan penyayang (Ar-Rahman & Ar-Rahim) Allah kepada hamba yang mencintaiNya telah mengingatkan “diri” tentang tempat “kelahirannya” dahulu iaitu alam Lahut. Di alam itu juga tempat kembalinya hamba Allah. Dan di situlah juga “syurga” bagi orang yang mencintai untuk bertemu dengan Dia yang dicintai.

~~”Mimpi yang terkenang” adalah berdiri maksudnya di atas kata “mimpi” itu sendiri. Iaitu cerita lama atau cerita silam, membuatkan “diri” begitu terasing memandangkan perbezaan  kehidupannya. Jika dahulu, hidupnya untuk Allah, namun kini, hidupnya hanya berlandaskan nafsu dunia semata. Lalu, dengan sisa cinta yang berbaki, “diri” terus memacu semangat untuk mendapat “cinta” itu kembali.

~~Cerita silam itu bagaikan racun bisa untuk “diri”. Terlahirlah rasa malu dan rendah diri kepada Dia. Perasaan itulah yang membuatkan “diri” menderita ‘sakit’ hanya kerana Dia. Umpamanya “diri” tidak mampu lagi untuk gah menongkat dagu, menadah wajah untuk memandang ke “atas”. “diri” berasa bahawa dia telah dibenamkan jauh ke dalam lembah paling kotor.

~~Namun, itu tidak langsung mencarik iman yang mula bertaut di hati. Biarpun dugaan dan ujian daripada Allah datang bersilih ganti, “diri” tetap teguh dengan penantian itu.

~~Apakah Allah membuka hijab cintaNya untuk sang hamba yang telah menagih kembali cintaNya? Biarpun perkara itu bagaikan mimpi “ngeri” untuk “diri”.

~~Walaupun sisa semangat untuk meraih cinta itu masih ada, namun, “diri” masih lagi terasa kosong dan sepi berikutan belum pasti apakah dia akan diterima kembali atau tidak…

~~Rangkap terakhir… terlalu complicated untuk dihuraikan. Namun begitu, saya akan mencuba sebaik mungkin untuk sekalian pembaca…

~~Pada rangkap terakhir ini, menggambarkan bahawa “diri” mengakui “dosanya” terlalu banyak ibarat air dilautan…bagaikan debu yang berterbangan menerjah ke segenap pelusuk kecil yang sukar disucikan. Dosa disimbolkan  dengan perkataan “luka”. Disebabkan dosanya yang terlalu banyak, “diri” berasa bahawa dia tidak akan diberi ampunan oleh Pemilik Cinta meskipun ada “diri” yang seiras dengannya. Perkara ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa sang “diri” seolah-olah menyatakan tentang dosanya yang terlalu besar sehingga Allah tidak mahu memandangya…~~

Wallahu’alam.

SEGALANYA KU TERIMA_ILUSI

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com