~~di sebalik "Hijab Kekasih by M. Nasir"~~


~~Malai rinduku merintih… kecintaan…
Duduk termenung hanya bingung… kerinduan…
Walaupun jauh dari nyata…
Kasih dan sayang telah lama ku satukan…
Semua kasihku dalam gemala…
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini…
Masyhur rupamu di mata kalbu ini…
Berbaringan diusik rindu azali…
Di manakah kekasih…
Yang jauh dariku… memakan debu…
Rindumu… segenap nafasku melihat renunganmu…
Wangi dan harum kau kekasih…
Antara lamunan segala kalimahku ini…
Siapa yang mengerti…

Menghilang tahun ku tahan dahaga…
Setelah habis madah sang puteri…
Pautan kasih ku kenal sendiri…
Teringin ku melihat sebalik hijabmu…
Wajah yang ku puja…

Kekasih lama sudah aku menunggu…
Larut nan denai larat nan damai…
Haram kelamin untuk kita bercerai…
Kasih dan sayang dalam keredhaanMu…~~

***

(Makna Lirik)

#Hijab kekasih secara keseluruhan masih mengekalkan prinsip tentang percintaan seorang hamba kepada Khaliqnya.

~~Penulis menyatakan bahawa dia amat merindui Tuhannya… amat mencintai Tuhannya. Sesungguhnya dia telah melalui fasa sirna dalam cahaya. Dia telah berjumpa dengan DIA yang Maha Terpendam dan Tersembunyi. Lalu keadaan itu, membuatkan dirinya asyik dalam menungan kerinduan. Merindui ‘kehadiran’ DIA. Walaupun DIA itu tidak hadir dalam bentuk nyata… tetapi sudah terlalu cukup untuk si perindu ini terus menyulam kasih dan sayang kepada DIA. Kasih dan sayang…nafi dan isbat lalu disandingkan. ‘Ke laut jawi’ bermaksud ke dasar alam yang tiada siapa mampu menembusinya…melainkan si perindu tegar dan hanya DIA.

~~Rangkap kedua mengisahkan tentang pencarian dalam cahaya si perindu membuahkan hasil. Tersingkaplah hijab, sirna di dalamnya, timbullah DIA. Sesungguhnya DIA itu terlalu suci dan sukar untuk dimisalkan DIRINYA. ‘Rindu azali’ itu bermaksud rindu yang telah lama terakam di jiwa. Rindu untuk ‘berhadapan’ dengan DIA seperti dimensi bukan di alam Syahadah…itulah alam Lahut. ‘Segenap nafasku melihat renunganmu’  bererti setiap turun naiknya nafas si perindu, pasti berserta DIA. Penulis turut menyelitkan pesanan dalam ayat tersebut betapa Allah itu mustahil untuk berlepas pandangan dalam menyaksikan perbuatan hambaNya. ‘Antara lamunan segala kalimahku ini’  membawa maksud bahawa penulis menulis lirik ini seperti dalam keadaan tiada tersedar. Dia hanya menulis atas bisikan yang lahir dari jiwa… namun,..siapa kan mengerti puitis lagu ini… tentang dunia hakikat…

~~’Menghilang tahun ku tahan dahaga’ bermaksud jiwanya begitu terseksa menahan rasa rindu yang tiada pasti di mana penghujungnya. Ibaratnya, sudah terteguk air yang lazat rasanya, pasti akan menginginkannya lagi… tiada lagi madah puitis (zikir) untuk sang puteri ( menggambarkan sifat kecantikan Allah) melainkan ‘Aku menyaksikan….’

~~Sesungguhnya si perindu amat merindui Kekasihnya. Biarpun pelbagai dugaan hadir. Namun dugaan itulah yang menambahkan rasa kecintaannya kepada DIA. Larut nan denai larat nan damai…

~~’ Haram kelamin untuk kita bercerai’ bermaksud hidup itu hanyalah untuk DIA. Di mana kita berada… di situlah ada DIA. Di mana kita berhadapan… Di situlah Wajhullah… “Aku berserta DIA”… ungkapan yang dipegang oleh penulis… syiriklah seseorang itu apabila mengatakan dirinya melakukan itu dan ini...

Wallahua’lam

HIJAB KEKASIH_M NASIR


11 comments:

  1. salam mohon makna disebalik lagu permata yang di cari De Hearty dan Berjalan Tanpa Henti Devotees

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya kena langsaikan dua request terawal dulu. nanti saya buat dua lagu ni plak :)

      Delete
  2. takpe2..take your time...
    shukran alaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam warahmatullah, saya dah teliti lirik dua lagu tu. saya rasa maksud lagu tu terlalu menjurus pada penyampaiannya. saya pun tak tau camne nak huraikan dari sudut yg berbeza. lagu 'permata yang dicari' berkisarkan dengan pasangan hidup, manakala lagu 'berjalan tanpa henti' berkisarkan tentang jangan mudah berputus asa. saya rasa tak perlu untuk dihuraikan dengan panjang lebar. tapi kalau awak nak jugak, nanti bagi alamat email awak. saya cuba tafsir dari sudut yg berbeza. :)

      Delete
  3. indah sungguh lirik ini.. dari Dia jua...

    ReplyDelete
  4. Salam. Tafsiran ini jelas menyimpang dari kisah sebenar. Penulis lirik Hijab Kekasih bernama Seth Tan. Beliau menyatakan bahawa lagu ini bersempena kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Saad As Sulami. Sahabat ini seorang yang hodoh, berkulit hitam, namun syahid di medan perang dan dijamin syurga oleh Rasulullah sendiri. Untuk cerita selanjutnya, admin boleh selidik kisah Saad As Sulami ini.

    ReplyDelete
  5. Salam. Tafsiran ini jelas menyimpang dari kisah sebenar. Penulis lirik Hijab Kekasih bernama Seth Tan. Beliau menyatakan bahawa lagu ini bersempena kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Saad As Sulami. Sahabat ini seorang yang hodoh, berkulit hitam, namun syahid di medan perang dan dijamin syurga oleh Rasulullah sendiri. Untuk cerita selanjutnya, admin boleh selidik kisah Saad As Sulami ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakan mengerti puitis lagu ini tentang "DUNIA HAKIKAT"

      Delete
    2. Siapakan mengerti puitis lagu ini tentang "DUNIA HAKIKAT"

      Delete
    3. Tiada had dalam memahami apa jua lirik jika kita di jalan Tasauf yg pastinya pemahaman menuju Khaliq...
      MR.ZAT.......

      Delete
  6. Sebenarnya jika kita berjalan di jalan Tasauf,kita akan membawa pemahaman apajua lirik lagu itu menuju khaliq...
    Tiada had dalam pemahaman sesebuah lirik.......MR.ZAT

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com