~~Di sebalik "SEGALANYA KU TERIMA by Ilusi"~~



~~Aku yang kehilangan… dalam diri sendiri… terkurung dalam bayanganmu…~~

~~Gelak ketawa engkau… bagai bertahun dulu… menyeretku ke syurga kita…~~

~~Itu … mimpi yang terkenang… membuat aku terbuang… tika memapah semangat… yang masih ada…~~

~~Cerita silam ini… menjadi racun bisa… dan kini aku pun melara…~~

~~Terlemas di dataran…di lambung ombak hidup… pun aku masih menantimu…~~

~~Akan tersingkapkah cinta… yang telah sekian lama… kita dodoikan bersama… di mimpi ngeri…~~

~~Biarpun masih tergagah… menjulang cinta yang patah… sebenarnya aku kesepian.. dan aku masih cinta…~~

~~Diri ini penuh luka… yang tidak akan tertutup… meskipun ada pengganti… seiras wajah…~~

***

(Makna lirik)

~~Secara keseluruhan lagu dendangan kumpulan Ilusi ini membawa maksud tertentu. Lain pendengar, lain pula tafsiran mereka atas lagu ini.

~~Rangkap pertama: mengisahkan bahawa “aku” yang boleh diberi maksud sinonim dengan  rangkaian perkataan “Seorang manusia”, “seorang hamba”, atau lebih tepat dalam ilmu hakikat digelar sebagai “diri rohani” yang hilang dalam diri sendiri. Bermakna sang diri itu berada dalam keadaan fana Allah iaitu “diri” telah hancur lebur dalam ingatan pada Allah. Hanya Allah.

~~”Gelak ketawa” adalah simbolik kepada kemesraan atau sifat pengasih dan penyayang (Ar-Rahman & Ar-Rahim) Allah kepada hamba yang mencintaiNya telah mengingatkan “diri” tentang tempat “kelahirannya” dahulu iaitu alam Lahut. Di alam itu juga tempat kembalinya hamba Allah. Dan di situlah juga “syurga” bagi orang yang mencintai untuk bertemu dengan Dia yang dicintai.

~~”Mimpi yang terkenang” adalah berdiri maksudnya di atas kata “mimpi” itu sendiri. Iaitu cerita lama atau cerita silam, membuatkan “diri” begitu terasing memandangkan perbezaan  kehidupannya. Jika dahulu, hidupnya untuk Allah, namun kini, hidupnya hanya berlandaskan nafsu dunia semata. Lalu, dengan sisa cinta yang berbaki, “diri” terus memacu semangat untuk mendapat “cinta” itu kembali.

~~Cerita silam itu bagaikan racun bisa untuk “diri”. Terlahirlah rasa malu dan rendah diri kepada Dia. Perasaan itulah yang membuatkan “diri” menderita ‘sakit’ hanya kerana Dia. Umpamanya “diri” tidak mampu lagi untuk gah menongkat dagu, menadah wajah untuk memandang ke “atas”. “diri” berasa bahawa dia telah dibenamkan jauh ke dalam lembah paling kotor.

~~Namun, itu tidak langsung mencarik iman yang mula bertaut di hati. Biarpun dugaan dan ujian daripada Allah datang bersilih ganti, “diri” tetap teguh dengan penantian itu.

~~Apakah Allah membuka hijab cintaNya untuk sang hamba yang telah menagih kembali cintaNya? Biarpun perkara itu bagaikan mimpi “ngeri” untuk “diri”.

~~Walaupun sisa semangat untuk meraih cinta itu masih ada, namun, “diri” masih lagi terasa kosong dan sepi berikutan belum pasti apakah dia akan diterima kembali atau tidak…

~~Rangkap terakhir… terlalu complicated untuk dihuraikan. Namun begitu, saya akan mencuba sebaik mungkin untuk sekalian pembaca…

~~Pada rangkap terakhir ini, menggambarkan bahawa “diri” mengakui “dosanya” terlalu banyak ibarat air dilautan…bagaikan debu yang berterbangan menerjah ke segenap pelusuk kecil yang sukar disucikan. Dosa disimbolkan  dengan perkataan “luka”. Disebabkan dosanya yang terlalu banyak, “diri” berasa bahawa dia tidak akan diberi ampunan oleh Pemilik Cinta meskipun ada “diri” yang seiras dengannya. Perkara ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa sang “diri” seolah-olah menyatakan tentang dosanya yang terlalu besar sehingga Allah tidak mahu memandangya…~~

Wallahu’alam.

SEGALANYA KU TERIMA_ILUSI

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com