~~Hubungan Hamba dengan Tuhan (Allah)~~


~~Contoh hubungan antara hamba dengan Allah dan Allah dengan hamba ialah umpama matahari dengan cahaya yang tidak bersekutu (bersatu) dan tidak bercerai antara cahaya itu dengan zat matahari.

~~Cahaya itu bukan matahari dan bukan lain daripada matahari.

~~Contoh yang lain pula seperti api dengan asap. Asap itu menunjukkan adanya api dan asap itu bukan api dan tidak lain daripada api yang tidak bercerai dan tidak bersekutu.

~~Begitulah juga hamba dengan Allah, tidak bercerai dan tidak bersatu. Maka ketika itu akal kita akan berkata: "Alangkah ajaibnya! Bagaimana boleh berhimpun kedua-duanya (hamba dengan Allah) yang berlawanan padahal kedua-duanya tidak sah berhimpun antara satu sama lain."

~~Sebagaimana diisyaratkan Nabi S.A.W ertinya: "Tidak bercerai antara nafi dan isbat dan sesiapa yang menceraikannya orang itu kafir."

~~Sumber:As-Syeikh Mohd Salleh Abdullah.(2007).Pembukaan Segala Rahsia.Perniagaan Jahabersa.Johor.

2 comments:

  1. Umpama laut dan ombak... hakikatnya ombak itu bukanlah ombak... Tidak ada wujud yg dua melainkan hanya satu..Teruskan posting2 yg menarik...

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com