~~kiasan "INSAN DAN MANIKAM _M.NASIR~~


~~Ya insan yang hadir... 
Dengarkan semua... 
Ku isytiharkan dengan hati terbuka...
Ya insan yang daif... 
Insaflah semua... 
Manikam yang disangkakan bukan yang asli... 
Hanya seiras dan serupa... 
Ya insan yang hagas... 
Awasilah semua... 
Maya yang indah... 
Ada kudisnya... 
Jangan terpedaya...

~~Angin yang membawa berita...
Pancaindera yang memang lemah...
Mudah terkeliru...

~~Pak Tua menangis sendiri...
Mengenangkan nasib diri...
Walaupun puas mencari...
Namun belum ketemui...
Cik Buyung riang selalu...
Damai dan senang hati...
Walaupun tak berusaha...
Dia ketemui...

~~Dia ketemui...
Apa yang dicari...
Dia ketemui...
Yang abadi...
Dia ketemui...

~~Alam yang membawa cerita...
Pancaindera yang memang lemah...
Mudah terkeliru...~~

***
(Makna Lirik)

~~Pada rangkap pertama, penulis memberi peringatan kepada kaum manusia agar berwaspada dengan kenikmatan dunia. Penulis menggunakan perkataan 'Manikam' sebagai simbolik kepada kemewahan. 'Manikam yang disangkakan bukan yang asli' bermaksud kenikmatan dan kemewahan dunia itu bersifat sementara dan tiada kekal selamanya. Kenikmatan dan kemewahan itu hanyalah seiras dan serupa namun tidak sama sifatnya. Wahai manusia yang sombong, awaslah kamu dengan pancaroba dunia, kerana semua itu ada helah dan muslihatnya...

~~Rangkap kedua, penulis mula menelusuri alam Mulki. 'Angin membawa berita' bermaksud 'angin' zikir yang bersama dalam turun dan naiknya nafas manusia membawa pengakuan  bahawa Tuhan yang satu itu ialah Allah. Dia Allah; Allahu.... (Iman)...

~~Rangkap ketiga, Pak Tua digambarkan oleh penulis sebagai orang yang mencari cinta Allah, namun masih belum bertemu hakikat cinta itu. Tangisan Pak Tua itu diibaratkan kepada taubat seorang hamba. Cik Buyung pula simbolik kepada seorang manusia yang mempunyai sifat 'faqir'. Erti kata 'Faqir' di sini bermaksud manusia yang mengakui dia tidak mempunyai tenaga dan kudrat, bahkan turut mengakui bahawa apa yang dimilikinya hanyalah Allah. Dia bergantung hanya kepada Allah semata-mata. Maka itu, hatinya dan jiwanya sentiasa tenteram dan damai. Insan seperti ini, mudah mendapat cintaNYA...

~~Apa yang dicari? Dialah Allah. Apa yang abadi? Dialah Allah.

~~'Alam yang membawa cerita' bermaksud seluruh 'Alam' menyaksikan tauhid, iman, tekad, aqidah, serta cinta sang hamba kepada Penciptanya.

*'Pancaindera yang lemah mudah terkeliru' bermaksud iman yang lemah akan mempertikaikan 'kehidupan' ini...

Wallahu'alam

Insan dan Manikam_M.Nasir

~~Sumber gambar : http://mujahiddahsejati.wordpress.com/2011/05/31/air-mata/

7 comments:

  1. maksudnya terpulang pada masing2. :D

    ReplyDelete
  2. cari paku dalam paku,paku ada di tengah padang,
    carilah aku dalam aku,aku ada dalam terang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm... Indah isian tuan. Pasti sentiasa terbaik

      Delete
  3. Pada rangkap ketiga,fahaman aku lain..cik buyung menunjukan seseorg yg berada,dri asalnya..tidak perlu berusha keras,tp miliki segala yg Dia inginkan, dri tenaga org lain..

    ReplyDelete
  4. Pada rangkap ketiga,fahaman aku lain..cik buyung menunjukan seseorg yg berada,dri asalnya..tidak perlu berusha keras,tp miliki segala yg Dia inginkan, dri tenaga org lain..

    ReplyDelete
  5. Cik buyung rasanya insan yg bersederhana dlm semuanya...dan dipandang lekeh oleh masyarakat...kulit luaran atau perwatakan dia bersahaja...seperti org biasa...bukan lebai...bukan ahli agama...dek kerana jiwa dia bersih..jiwanya dipanggil Tuhan...dia menemui hakikat dan makrifat...pak tua merujuk lebai yg saban hari menangis memohon taubat dan lakukan ibadat..tapi tangisannya kosong...tanpa rasa cetus sukma seorang kekasih kpd kekasih...hanya jalankan syariat tanpa tariqatnya...jadi dia berterusan begitu hingga akhir hayatnya...berlakon di depan Allah...

    ReplyDelete
  6. Siapa yg menangis dengar lagu ni kita geng...ibarat satu perasaan halus mengenagkan diri yg sering lupa akan Allah...cinta Dia mengatasi batas agama...tapi kita sering lupakan kekasih sebenar kita..Allah aku cinta kamu

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com