~~Mengenali Fuzail bin Iyaz (Bab Akhir)~~



Kisah-kisah pendek Fuzail

~~ Di dalam doanya, Fuzail sering mengucapkan, "Ya Allah, ampunilah aku kerana Engkau Maha Tahu bahawa aku telah bertaubat. Dan janganlah Engkau menghukumku kerana Engkau Maha Berkuasa ke atas diriku. Ya Allah, Engkau telah membuatku lapar dan telah membuat anak-anakku lapar. Engkau telah membuatku telanjang dan memberikan pelita kepadaku ketika hari telah gelap. Semua ini telah Engkau lakukan terhadap sahabat-sahabatMU kerana keluhuran hati mereka. Apakah Fuzail telah menerima kehormatanMu ini?"

*** 
~~ Selama tiga puluh tahun tidak seorang pun pernah melihat Fuzail tersenyum kecuali ketika puteranya meninggal dunia. Pada waktu itulah orang-orang melihat Fuzail tersenyum. Seorang daripada mereka menegurnya: " Fuzail, mengapakah engkau tersenyum di saat yang seperti ini?"

~~"Aku menyedari bahawa Allah menghendaki agar anakku mati. Aku tersenyum kerana kehendakNYA telah terlaksana," jawab Fuzail.

*** 

~~Putera Fuzail menderita penyakit sukar untuk buang air kecil. Fuzail mendekati anaknya dan mengangkat kedua tangannya sambil berdoa: "Ya Allah, demi cintaku kepadaMU, sembuhkanlah dia dari penyakit ini."

~~Belum sempat Fuzail bangkit dari duduknya, anaknya telah segar bugar kembali.

cerita tentang fuzail di ambil sumbernya daripada Episod dari Tazkirat al-Auliya di tulis oleh Farid al-Din Attar.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com