~~Mengenali Fuzail bin Iyaz (Bab Dua)~~



Fuzail Si Penyamun.

~~ Pada hari yang lain mereka merompak sekumpulan kafilah lagi dan merampas harta benda mereka. Ketika sahabat-sahabat Fuzail sedang makan, seorang anggota kafilah itu datang menghampiri mereka dan bertanya,"Siapakah pemimpin kamu itu?"
~~Salah seorang perompak itu menjawab,"Dia tidak ada di sini. Dia sedang solat di sebalik pokok yang terletak di pinggir sungai itu."

~~"Tetapi sekarang ini belum tiba waktunya untuk solat," lelaki itu berkata.

~~"Dia sedang melakukan solat sunat," salah seorang daripada penyamun itu menjelaskan.

~~"Dan dia tidak makan bersama kamu?"

~~"Dia sedang berpuasa."

~~"Tetapi sekarang ini bukan bulan Ramadhan."
~~" Dia sedang melakukan puasa sunat."

~~ Dengan berasa hairan lelaki tadi menghampiri Fuzail yang sedang khusyuk mengerjakan solat. Setelah selesai solatnya, lelaki itu berkata kepada Fuzail, "Ada sebuah peribahasa yang mengatakan, hal-hal yang bertentangan tidak dapat disatukan. Bagaimanakah mungkin seseorang berpuasa yang merompak, solat tetapi membunuh orang Muslim pada masa yang sama?"

~~"Apakah engkau memahami al-Quran?" Fuzail bertanya kepadanya.

~~ Lelaki itu mengangguk.

~~"Tidakkah Allah Maha Kuasa berkata: "Orang-orang lain telah mengakui dosa-dosa mereka dan mencampuradukkan perbuatan-perbuatan yang baik dengan perbuatan-perbuatan yang jahat?"

~~Lelaki itu terdiam tidak terkata apa-apa.

~~Orang ramai mengatakan bahawa pada dasarnya Fuzail adalah seorang yang berjiwa pahlawan dan berhati mulia. Apabila di dalam sebuah kafilah terdapat seorang wanita, maka barang-barang wanita itu tidak akan diusiknya. Begitu juga harta benda orang-orang miskin tidak akan dirampas. Untuk setiap korbannya, dia selalu meninggalkan sebahagian daripada harta benda yang dirampasnya. Sebenarnya semua perbuatan Fuzail cenderung ke arah yang baik...

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com