~~Menyingkap lirik "Humko Humise Chura Lo"~~







~~Humko humise chura lo...
Dil mein kahin tum chupa lo...



Hum akele... ho najaaye...
Door e tumse... ho najaaye...
Paas aao gale se laga lo~~

~~Yeh dil dhadka do...
Zulfein bikhara do...
Sharma ke apna...
Aanchal lehra do...
Hum zulfein to bikhara dein...
Din meraatna ho jaayenge...
Hum aanchal to lehra dein...
Par baraatna ho jaaye..
Ho ne do barsaatein...
Kani hein kuch batien...
Paas aapo gale se laga lo...~~

~~Tumpe mastehein... hum marayengge..
Yeh sab kehte hein... hummaetehein...
Chutki bar sindhur se tum ab ye mangazara bhardo...
Kal kya ho kisne dekha san kuch ajj abhi kardo...
Ho naho sab razi... Dil razi Rab razi...
Paas aao gale se laga lo...~~
**** 
~~Mari culiklah aku dari diriku...
Sembunyikan aku di hatimu...
Jangan biarkan aku hilang dalam kesunyian...
Jangan biarkan aku kehilanganmu... 
Datang padaku...peluklah aku...~~

~~Denyutkan hatiku degan pantas...
Lepaskan rambutmu...
Berikan senyuman manis...
Biarkan angin meniup selendangmu...~~

~~Aku boleh melepaskan rambutku...
Ia boleh menukar siang kepada malam...
Aku boleh membiarkan angin meniup selendangku...
Tetapi ia akan meletus idamanmu...~~

~~Biar ia mencurah...
Kita ada sesuatu untuk dibincangkan...
Aku rela mati untukmu...
Aku akan mati...
Itu yang mereka kata...
Aku akan lakukannya...~~

~~Letaklah sindhur di rambutku...
Tiada siapa mampu melihat esok...
Lakukanlah sekarang...~~

~~Sama ada mereka setuju atau tidak... 
Bila hati setuju...
Tuhan akan setuju...~~

*** 
(Makna Lirik)

~~ Sesungguhnya bait-bait rangkap lagu ini amatlah mendalam sekali. Wujudnya kita itu (setiap apa atas nama manusia) adalah satu dosa, kerana apa yang ada hanyalah Allah SWT sahaja. 'Culiklah aku dari diriku' bermaksud curilah (larikanlah) sifat-sifat Allah dari jasadmu. Jangan sesekali kamu mengatakan bahawa itu adalah hak kamu sedangkan semua itu adalah pinjaman daripada Allah semata. Melihatlah dengan pandangan Allah, mendengarlah dengan pendengaran Allah, bekerjalah dengan kudrat Allah. Tiada yang lain selain Allah. Tiada sifat manusia melainkan sifat Allah.

~~Bagi mereka yang telah mengenali Allah; dzat, sifat, asma' dan afaalNya secara hakiki, maka sembuyikanlah DIA di hati nuranimu, kerana hati orang-orang beriman itu adalah Rumah Allah. 'Jangan biarkan aku hilang dalam kesunyian' bermaksud pekerjaan hati itu hendaklah sentiasa kekal dalam konteks mengingati Allah (Zikir). Jangan pernah lalai dan alpa...bimbang hatimu akan ditinggalkan Maha Pemilik Hati. Sentiasalah 'hadir' (ingat) pada DIA... jagalah DIA sebaiknya...

~~Rangkap kedua, sang hamba memohon agar hatinya sentiasa mengingati Allah malah lebih teguh pendirian imannya. 'Lepaskan rambutmu' bermaksud perlihatkan kecantikanMU ya Allah. Berikan ku senyum mesra agar senang hatiku. Biarkan selendangMU (hijabMU)  terungkai agar bisa ku saksikan WajahMu.

~~Sesungguhnya DIA boleh memperlihat kecantikanNYA, DIA boleh menurunkan selendang hijabNYA.. tetapi perkara itu akan membuatkan sang hamba yang mencintaiNYA akan terus-terusan terpana. Bahkan boleh membuatkan nyawa hilang dari badan. Terhenti nadi, pecahlah jantung, kakulah jasad...menyaksikan Nur melimpahi alam...

~~Sang hamba berterusan memohon (berzikir menyebut namaNYA) sehinggalah Nur itu melimpahi alam. Oh Allah, aku sanggup mati keranaMU. 'Itu yang mereka kata' merujuk kepada dzat, sifat, asma' dan afaal apabila semuanya terangkum sebati...

~~'Letaklah sindhur di rambutku' bermaksud, bersandinglah (bersertalah Allah dalam apa jua hal dan keadaan. Ibarat bayang-bayang yang takkan terpisah dengan matahari (Maha suci Allah untuk disama ertikan. ini hanyalah kata atas simbol untuk mudah mendapat maksud).~~Mengapa masih ada yang bertangguh? Tiada siapa yang akan tahu apa peristiwa esok. Ayuh, berimanlah sekarang. Bersertalah dengan DIA.

~~Apabila 'hati' bersetuju...maka Allah jua setuju...~~


**Sindhur sejenis serbuk berwarna merah yang diletakkan di rambut. lazimnya digunakan dalam majlis perkahwinan kaum India.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com