~~ADA RINDU- anis aniesa~~


~~Anakanda yang jauh di mata
Ibu rindu sayang
Ibu selalu bisikkan
Pergilah sayang kepada insan
Yang boleh memberi kasih dan sayang
Lebih daripada ibu
Tapi hakikat ibu ini lemah tanpamu
Ibu gusar, bimbang dan ragu
Ibu hilang arah
Ibu ke kiri
Ibu jumpa bayangmu
Ibu ke kanan
Ibu jumpa jejakmu
Ibu tak membuangmu
Tapi ibu membiarkanmu lautan sayang
Ibu pejam mata
Ibu tak lena
Ibu harap kau di sini
Menemani tawa dan tangis ibu
Ibu rindu kamu...~~

Sumbangan_Anis Aniesa


~~NUKILAN -Anis Aniesa~~


~~Ada masanya...Aku suka menyanyi
Ada masanya...Aku lupa mengaji
Ada masanya...Aku pergi bersilat
Ada masanya...Aku lupa bersolat
Ada masanya...Aku menangis kerna cinta
Ada masanya...Aku terlupa padaNYA

~~Setiap pagi dalam hembus dingin
Ada ambisi berlegar di benak
Menjadikan aku semakin senak
Bernafas dalam kalut juga loklaq
Ku lari lepasi sempadan kedewasaan
Selusuri titik kemanusiaan
Rupanya banyak lagi tertinggal antara garisan

~~Setiap kemanisan tak dibalas madu
Terima kasih, itu ujianMU~~

Sumbangan_Anis Aniesa



~~Kiasan "Nirmala-Siti Nurhaliza"~~


~~Diciptakan seorang insan...
Lembut hati bak redup pandangan...
Pabila berkata...
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan...
Bagai tersentuh rasa percaya...
Tika terdengarkan...
Aduhai...

~~Telah jauh berkelana entah di mana...
Ada rasa hanya kuntum kasihnya...
Khabar itu merelakan perjalanannya...
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya...
Biar panas membakar...
Biar ranjau mencabar...
Telah mekar hati seindah purnama...
Dipujuk segala rajuk...
Sepi rindu adakala meracun imannya...

~~Siapa menyapa bagai pelita...
Arah yang menghilang tika gelita...
Duhai kasih...Bulan saksi...
Tatap tidak ditatap...
kotakan di dada..
Yang terdetik temukan sang cinta...

~~Kekasih tak berbahasa...
Getir fikir derita mengharap...suara...

~~Tangis bagai gerimis...
Hati bak tasik pedih...
Cuba cari hakikat...
Temukan azimat..
Kasih gundah gerhana...
Diam tak berirama...
Gusar tambah gementar...
Tak tertanggung rasa...

~~Nun dari sana...
Telah turun berbicara...
Sang kesuma...bidadari...syurgawi...

~~Sesungguhnya berkasihlah di antara manusia...
Perindah segala kata-kata...
Bahagia itu janjinya...
Mengapa cipta sengketa...
Rentaslah jalan terbuka...
Tanpa dusta...

~~Telah teguh di garis karma...~~

*** 

(Makna lirik)

~~Nirmala itu sendiri bermaksud bersih dan tidak ternoda. Benarlah bahawa Allah itu Maha Suci. Allah mencipta sifat insan lalu disertakan bersama-sama jasmani manusia. Di dalam insan itu adanya kerohanian yang sentiasa mengingati Allah. Apabila roh mula mengalun asma' Allah, maka bergetarlah seluruh 'alam' melihat kesaksian tauhid seorang hamba Allah. Itulah ucapan tauhid keimanan.

~~"Telah jauh berkelana entah di mana..." simbol atas makna roh telah jauh menuju alam fana bersatu dengan Kekasihnya.

~~Apabila Diri mengenal dzat yang azali...turunlah ujian yang seperti apapun.. pasti tidak akan goyah kerana cinta dan kasihNYA telah mekar di hati, seindah purnama yang menyinar.

~~Tidak setiap saat hijabNYA akan tersingkap. Kadangkala...hanya dapat melihat cuma sekali sahaja diriNYA. Kadangkala DIA diam membisu agar hambaNYA terus merayu padaNYA. Sesungguhnya DIA amat suka mendengar rayuan hambaNYA.

~~Sesungguhnya DIA itu Maha Melihat. Apabila hambaNYA mulai lalai...atau hilang arah tujuan...disapaNYA dengan ujian untuk memberi kekuatan kepada mereka.

~~Antara nampak dan tidak...tanamkan niat pasti akan bertemu Pemilik Diri... Biarpun DIA hanya mendiam, walaupun diamNYA itu membuatkan sang hamba menderita kerinduan mengharapkan kehadiranNYA.

~~Sesungguhnya betapa pedih menanggung derita apabila Kekasih hati tiada menunjukkan wajahNYA. Dalam derita, sang hamba cuba mencari hakikat DIRI demi satu azimat (ALLAH). Diamnya Sang Kekasih membuatkan sang hamba gundah gulana... Apakah DIA sudah tidak menghiraukan hambaNYA lagi...?

~~Namun, tidak begitu. Allah tidak pernah mensia-siakan makhluk ciptaanNYA. Lalu disingkap hijabNYA sedikit untuk merawat derita rindu kekasihNYA.

~~Terlerailah rindu dendam sang hamba... berkasihlah manusia kepada Pencipta. Hiasilah kata-kata dengan menyebut namaNYA...kerana bahagia itu telah dijanjikan.

~~Usahlah wujudkan pertelingkahan... Harungilah jalan yang benar, lurus dan tiada dusta di kiri kanannya.

~~Telah teguh di garis...karma...~~

~~Kiasan "Gurindam Jiwa"~~


~~Tuai padi antara masak...
Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak...
Esok jangan rindu-rinduan...

~~Anak cina pasang lukah...
Lukah dipasang di tanjung jati...
Di dalam hati tidak ku lupa...
Sebagai rambut bersimpul mati...

~~Batang selasih permainan budak...
Daun selasih dimakan kuda...
Bercerai kasih talak tiada...
Seribu tahun kembali juga...

~~Burung merpati terbang seribu...
Hinggap seekor di tengah laman...
Hendak mati di hujung kuku...
Hendak berkubur di tapak tangan...

~~Kalau tuan mudik ke hulu...
Carikan saya bunga kemboja...
Kalau tuan mati dahulu...
Nantikan saya di pintu syurga...

***

(makna lirik)

~~sebenarnya gurindam ini menghuraikan tentang kemesraan suami isteri dalam berumahtangga. Namun, kita lihat dari perspektif berbeza...

~~Pada rangkap pertama, bermaksud janganlah kita pernah berasa bosan dalam mencintai Allah. Walaupun sedikit, cinta itu berpanjangan. Lihatlah dzatNya antara kenyataan...agar tidak diseksa rindu berpanjangan... kerana tidak setiap hari hijabNya akan tersingkap...

~~Jangan sesekali lupakan DIA. Biarlah berserta DIA dalam apa jua keadaan. Hubungan antara hamba dan Allah itu takkan terputus. Ibarat rambut bersimpul mati.

~~'Bercerai kasih talak tiada' bermaksud biarpun kita ini hambaNya yang sering alpa dan sering melupakan DIA...haruslah beringat bahawa suatu hari nanti pasti kita akan kembali kepada fitrah yang azali.

~~Mati itu sering dianggap sebagai pengakhiran sebuah kehidupan. Namun secara hakikatnya, mati itu adalah permulaan sebuah kehidupan yang kekal. 'Di hujung kuku' simbolik kepada dua batu nisan (kedua ibu jari)... 'Hendak berkubur di tapak tangan' bermaksud doa.. (cuba tadah tangan seperti berdoa..kelihatan dua ibu jari bagaikan nisan..manakala empat pasang jari lain adalah kubur.)

~~Secara hakikatnya empat pasang jari itu adalah Dzat, sifat, asma dan afaal Allah ta'ala. Matikan diri kita dalam empat 'jari' itu. (tiada sifat manusia..hanya Allah empunya sifat)

~~Dalam mencari Allah, bukanlah diharapkan ganjaran syurga, tetapi mengharapkan berada di sisi Allah. Kalau tuan berjumpa Pencipta Syurga...nantikan saya di 'sana'...

~~Wallahua'lam~~

Gurindam jiwa...

~~Ku cari Syurga di celah Neraka_ Anis aniesa~~


~~Benar kata emak...
Aku ini tanggang tapi tak disumpah...
Hidupku terumbang-ambing penuh dosa...
Aku cuba cari cahaya...
Sedikit nur cinta dari pencipta...
Tapi aku tetap terpalit dengan noda...

~~Aku cuba lari...
Beberapa langkah aku rebah...
Aku bangun menggapai tangan yang sudi...
Ah...jahanam!
Dia bawa aku selusuri malam pedih...
Malam yang aku harap tiada dalam kamus hidupku...

~~Di sini kulihat mata lesu antara mahu dan tidak...
Aku melawan, menarik diri dari percaturan kemewahan...
Kepanasan dunia yang kurasa siksa...
Mencari SYurga di celah Neraka...

Nukilan sahabat: Anis Aniesa

~~Adakah Engkau Berusaha?~~


~~Usahamu...akan melenyapkan keraguan...
Usahamu... akan menjauhi kehampaan...
Usahamu... akan menegakkan keadilan...
Usahamu... akan menghancurkan kebencian...
Usahamu... akan menghapuskan penderitaan...

~~Adakah engkau berusaha...?

~~Kerana...usahamu akan menjaga maruah diri...
Kerana... usahamu akan menjaga maruah bangsa...
Kerana... usahamu itu akan menjaga maruah agama...
Kerana... usahamu itu akan menjaga daulah dunia...
Kerana... usahamu itu akan menentukan kita...
Syurga atau neraka...

~~Oleh itu kawanku...
Dengan usahamu...hidupmu akan bahagia...
Dengan usahamu... Dirimu akan menjadi manusia berguna...
Dengan usahamu... Duniamu akan terpelihara...
Dengan usahamu... Engkaulah pejuang...
Yang bukan sekadar berkata-kata...

Nukilan sahabat:Ikhwan Arpi

~~Jangan Engkau Sombong~~


~~Pucuk sireh dibawa pulang...
Dimakan gagak tidak berduri...
Kasih hamba teramat sayang...
Dibuat sajak untuk berbudi...

~~Tak kenal maka tidak cinta...
Tak cinta maka tidak dekati...
Tak dekati maka tidak belajar...
Tak belajar maka tidak mengerti...

~~Tak mengerti maka tidak memahami...
Tak memahami maka tidak mengetahui...
Tak mengetahui maka tidaklah berkata-kata...
Tak berkata maka tiadalah merasa...
Tak merasa maka "Lenyaplah manusia"

nukilan sahabat: Ikhwan Arpi

~~Kiasan "Suci Dalam Debu" -Iklim~~


~~Engkau bagai air yang jernih...
Di dalam bekas yang berdebu...
Zahirnya kotoran itu terlihat...
Kesucian terlindung jua...

~~Cinta bukan hanya di mata...
Cinta hadir di dalam jiwa...
Biarlah salah di mata mereka...
Biar perbezaan terlihat... 
Antara kita...

~~Ku harapkan kau kan terima...
Walau dipandang hina...
Namun hakikat cinta kita...
Kita yang rasa...

~~Suatu hari nanti...
Pastikan bercahaya...
Pintu akan terbuka...
Kita langkah bersama...

~~Di situ kita lihat...
Bersinarlah hakikat...
Debu jadi permata...
Hina jadi mulia...

~~Bukan khayalan yang aku berikan...
Tapi keyakinan yang nyata...
Kerana cinta lautan berapi...
Pasti akan ku renang jua...~~

*** 
(makna lirik)

~~Sesungguhnya Dialah Allah bersifat Maha Suci. Terlindungnya DIA itu di dalam hati manusia. Sifatnya manusia itu adalah kotor iaitu penuh dengan hawa nafsu. Namun, disebalik kekotoran itulah, adanya Kesucian. Allah itu ada di dalam hati nurani manusia.

~~Cinta Pemilik Sifat itu hadirnya di dalam jiwa manusia. Di situlah tempat mainanNya, kerana hati orang-orang yang beriman itu adalah rumahNya. Biarlah mereka terus menyalahkan hakikat cinta ini. Biarpun jelas kelihatan perbezaan antara keduanya.

~~Walaupun si hamba itu dipandang hina pada penglihatan manusia... namun, hanya Allah yang tahu bagaimana dan seperti apakah cinta hamba itu kepadaNya.

~~Yang sesat tidak akan terus-terusan dalam kesesatan. HidayahNya pasti datang. Apabila DIA memperlihatkan dzatNya kepada hamba yang dikehendaki... maka terpancarlah hakikat sebenar Diri. Hilanglah debu (nafsu), bergantilah dengan 'AKU'.

~~Ini bukanlah dunia khayalan. Bahkan inilah alam sebenar-benar alam. Tanpa 'alam' ini tiadalah alam dunia pentas lakonan manusia. Inilah hakikat kejadian dunia.

~~Demi cinta pada Yang Khaliq...segala dugaan dan ujian umpama serpihan dari cintaNya kepada hambaNya.

~~"Pasti akan ku renang lautan api demi Tuhanku... Laailahaillallah"

Wallahua'lam

suci dalam debu_Iklim

~~Kiasan "Joget Senyum Memikat" - Siti Nurhaliza~~


~~Kalau menjerat burung kedidi...
Janganlah senja baru ke taman...
Kalau memikat idaman hati...
Janganlah rupa jadi taruhan...
Janganlah jangan rupa taruhan...

~~Kalau ke laut susur gelombang...
Jangan kemudi patah daunnya...
Kalau bertahun kasih dan sayang...
Jangan diuji dalamnya cinta...
Janganlah jangan diuji cinta...

~~Kita berbudi orang merasa dik...
Biar sedikit dibawa mati...
Janganlah rupa taruhan jiwa dik...
Pudar sedikit berpaling hati...

~~Kalau ingin berkasih...
Harus bijak memilih...
Tebu tebrau tidaklah sama...

~~Kalau jujur bercinta...
Bijak pilih permata...
Hidup bahagia sepanjang masa...

~~Jangan renung apa dikata...
Renung niat setulus jiwa...
Ini pesan sesama kita...
Dalam joget budi dan rupa...~~

*** 
(Makna Lirik)

~~Secara keseluruhannya lagu ini menceritakan tentang tips dalam mencari pasangan. Namun, kita akan lihat dari sudut yang berbeza...

~~Rangkap pertama membawa maksud, kalau ingin mencari Allah, janganlah menunggu usiamu tua. Kerana saat ajalmu menjemput tiada peduli akan tuamu atau mudamu...Apabila berjumpa dengan jalan yang benar dan lurus, tetaplah kamu di atas jalan itu. Jangan mengharapkan DIA akan menurunkan hijabNya. Sesungguhnya DIA itu Maha Berkehendak.

~~Dalam menelusuri cinta Allah, pasti pelbagai ujian dan dugaan menjadi hadiahNya. Usahlah kamu berputus asa. Apabila kamu menjadi kekasihNya... pasti dirimu sentiasa dirahmatiNya... Tak perlu lagi menguji kasihNya itu seperti apa.

~~Berbudilah pada dirimu agar segala 'alam' (dunia, mulki, malakut, jabarut dan lahut) mendapat ketenangan. Walaupun sedikit, budi inilah yang bernilai apabila dirimu tiada... Bagi orang yang menghakikat Allah, tiada lagi memandang sifat Jamaliah Allah, bahkan terus-menerus memandang kepadaNya (Melihat menerusi pandanganNya)

~~Kalau ingin berkasih dengan Allah...bijaklah memilih jalanNya. Tidak semua jalan yang menjurus terus kepadaNya.

~~Kalau niat jujur dalam bercinta dengan Allah, bijaklah memilih cinta itu, terkadang dalam cinta terselit nafsu yang menjahanamkan cinta itu...

~~"Jangan lihat pada ayatku dahulu...tetapi renunglah niatmu kepadaku"~~

_Maha Suci Allah yang mentadbir 'Alam'_

Joget senyum memikat_Siti Nurhaliza

~~Kiasan "Tanda Tanya"-Azlan And The Typewriter~~


~~Melangkah di lorong tak bernama...
Bersandar di papan tanda tanya...
Matahari bertukar arahnya...
Bergetar seluruh jiwa...
Terbayangkan kesunyian...
Walau tergantung tanda tanya...

~~Kau adalah misteri yang bernyawa...
Melihat, mendengar dan kau menghidup cinta...
Kau seperti wangian sanubari...
Dapat menghapuskan indera...

~~Kata hati semakin berputar...
Mengikut arah masa...
Melintasi lopak di landasan...
Mengukir satu makna...
Ada lagi seribu jawapan...
Yang tersangkut di fikiran... 
Walau bercampur tanda tanya...

~~Tak pernah ku...
Aku berlari...
Menembusi saat indah sejauh ini...
Tak terhitung tidak terganti...
Waktu ku lewati sampai akhir nanti...

~~Biarkan saja...
Mereka kan lupakan jawapan...
Tapi yang pasti tetap teguh menanti...
Mencari rahsia ini...

~~Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku...
Engkau dan aku tetap terus bersama...
Untuk menghiasi warna...
Jelaskanlah segalanya...~~

*** 
(Makna Lirik)

~~'Tanda tanya'  merupakan sebuah lagu yang mempunyai maksud jelas dalam menjurus kepada ilmu tasawuf.

~~Penulis melalui relung-relung masa yang telah lama tercipta di dalam dirinya... Cuba mencari jawapan kepada sebuah pertanyaan. Kehancuran 'alam roh' telah semakin hampir. Bergetarlah seluruh jiwa raga apabila Diri hilang di dalam diri... puas mencari tidak ketemui... sunyi sepilah sebuah kehidupan hakiki...

~~'Kau adalah misteri yang bernyawa' merujuk kepada sifat Hayat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat, Mendengar dan Dia jugalah yang menghidupkan cinta. Dia (Allah) itu adalah wangian sanubari orang-orang yang bercinta dan mengenali. Apabila seluruh 'alam' dipenuhi dengan Allah (bagi hamba yang menyerahkan keseluruhan jiwa dan raganya kepada Allah), maka hilanglah segala sifat manusia...penglihatan manusia menjadi penglihatanNya. Berubah kepada diri azali.. Tiada apa yang menyaksi dan disaksi... Tiada lagi engkau... Yang ada hanya 'AKU'...

~~'Kata hati semakin berputar' bermakna detik dalam hati yang sentiasa bersyahadah kepada Allah sentiasa tetap dan kukuh kedudukannya. Lalu bersyahadahlah sang hamba sehingga melangkaui garis sempadan alam. [satu huruf ditafsirkan jawapannya berbeza dari satu 'alam' ke 'alam' yang lain... (dunia, mulki, malakut, jabarut, lahut)]

~~Penulis menyatakan bahawa dia tidak pernah disingkap hijabnya sehebat itu. Takkan terhitung, takkan terganti biarpun nyawa sampai ke penghujung.

~~Bagi mereka yang tidak peduli dengan kehidupan selepas mati, biar diabaikan. mereka pasti lupa walaupun segalanya telah dihuraikan jawapannya (Ilmu tentang Allah) di hadapan mereka. Namun, bagi yang teguh imannya, pasti akan tetap menanti demi mencari rahsia diri (Allah).

~~'Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku' bermakna, Bangkitkanlah semangat jasmaniku, insaniku, rohaniku, rabbaniku, nuraniku...agar aku terus bersamaMu dalam mencari dan mewarnai cintaMu yang kian terlakar agar jelas segalanya...

Wallahua'lam..

Tanda Tanya_Azlan And The Typewriter

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com