~~Kiasan "Gurindam Jiwa"~~


~~Tuai padi antara masak...
Esok jangan layu-layuan...
Intai kami antara nampak...
Esok jangan rindu-rinduan...

~~Anak cina pasang lukah...
Lukah dipasang di tanjung jati...
Di dalam hati tidak ku lupa...
Sebagai rambut bersimpul mati...

~~Batang selasih permainan budak...
Daun selasih dimakan kuda...
Bercerai kasih talak tiada...
Seribu tahun kembali juga...

~~Burung merpati terbang seribu...
Hinggap seekor di tengah laman...
Hendak mati di hujung kuku...
Hendak berkubur di tapak tangan...

~~Kalau tuan mudik ke hulu...
Carikan saya bunga kemboja...
Kalau tuan mati dahulu...
Nantikan saya di pintu syurga...

***

(makna lirik)

~~sebenarnya gurindam ini menghuraikan tentang kemesraan suami isteri dalam berumahtangga. Namun, kita lihat dari perspektif berbeza...

~~Pada rangkap pertama, bermaksud janganlah kita pernah berasa bosan dalam mencintai Allah. Walaupun sedikit, cinta itu berpanjangan. Lihatlah dzatNya antara kenyataan...agar tidak diseksa rindu berpanjangan... kerana tidak setiap hari hijabNya akan tersingkap...

~~Jangan sesekali lupakan DIA. Biarlah berserta DIA dalam apa jua keadaan. Hubungan antara hamba dan Allah itu takkan terputus. Ibarat rambut bersimpul mati.

~~'Bercerai kasih talak tiada' bermaksud biarpun kita ini hambaNya yang sering alpa dan sering melupakan DIA...haruslah beringat bahawa suatu hari nanti pasti kita akan kembali kepada fitrah yang azali.

~~Mati itu sering dianggap sebagai pengakhiran sebuah kehidupan. Namun secara hakikatnya, mati itu adalah permulaan sebuah kehidupan yang kekal. 'Di hujung kuku' simbolik kepada dua batu nisan (kedua ibu jari)... 'Hendak berkubur di tapak tangan' bermaksud doa.. (cuba tadah tangan seperti berdoa..kelihatan dua ibu jari bagaikan nisan..manakala empat pasang jari lain adalah kubur.)

~~Secara hakikatnya empat pasang jari itu adalah Dzat, sifat, asma dan afaal Allah ta'ala. Matikan diri kita dalam empat 'jari' itu. (tiada sifat manusia..hanya Allah empunya sifat)

~~Dalam mencari Allah, bukanlah diharapkan ganjaran syurga, tetapi mengharapkan berada di sisi Allah. Kalau tuan berjumpa Pencipta Syurga...nantikan saya di 'sana'...

~~Wallahua'lam~~

Gurindam jiwa...

3 comments:

  1. Nak mati di hujung kuku... Dlm zikir

    Nak berkubur ditapak tangan...sentiasa di doakan

    Saya di beritahu gurindam ini dah berusia hampir 700 tahun dan pencipta asalnya penulis batu bersurat tok ayah @ syarif muhammad al baghdadi...wallahualam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum pada Pemilik Blog,

    Kalau kita garap lagu ini sebenarnya ia lebih kepada penceritaan kehidupan berumahtangga atau bercinta

    Tuai padi antara masak maksudnya terpaksa mencari rezeki sebelum puas tinggal bersama
    Esok jangan layu-layuan maksudnya janganlah putus semangat
    Intai kami antara nampak maksudnya kebanyakkan org bercinta yang kekasihnya akan meninggalkannya dalam tempoh yang lama tidak sanggup melihat keberangkatan kekasihnya
    Esok jangan rindu-rinduan maksudnya bertabahlah sehingga hari kepulangan

    ~~Anak cina pasang lukah maksudnya orang asing ingin mengambil hati pasangan (lukah adalah bubu untuk menangkap ikan)
    Lukah dipasang di tanjung jati maksudnya walaupun tarikan terperangkap dengan janji cinta
    Di dalam hati tidak ku lupa maksudnya jelas janji takkan dilupaka
    Sebagai rambut bersimpul mati maksudnya janji setia berdua itu utuh kerana cinta telah terjalin

    ~~Batang selasih permainan budak...
    Daun selasih dimakan kuda...maksud kedua rangkap ini masih sedang dikaji
    Bercerai kasih talak tiada...maksudnya walaupun berjauhan tapi hati tidak berpisah
    Seribu tahun kembali juga...maksudnya akhirnya aku akan pulang kepadamu

    ~~Burung merpati terbang seribu...maksudnya walaupun beribu orang yang dikenali
    Hinggap seekor di tengah laman...maksudnya hanya kamu yang memikat hatiku
    Hendak mati di hujung kuku
    Hendak berkubur di tapak tangan kedua rangkap ini bermaksud walaupun tidak pulang genggamlah janji seperti kuku bertemu ke tapak tangan

    ~~Kalau tuan mudik ke hulu maksudnya kalau pulang ke maha esa
    Carikan saya bunga kemboja...maksudnya bunga kemboja adalah bunga di pusara
    Kalau tuan mati dahulu
    Nantikan saya di pintu syurga maksud kedua rangkap ini jelas

    kalau puan ada terjumpa penjelasa bagi rangkap batang selasih permainan budak, batang selasih dimakan kuda boleh emailkan ke zamzurinazari83@gmail.com

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com