~~Kiasan "Nirmala-Siti Nurhaliza"~~


~~Diciptakan seorang insan...
Lembut hati bak redup pandangan...
Pabila berkata...
Seluruh alam menyaksikan kesyahduan...
Bagai tersentuh rasa percaya...
Tika terdengarkan...
Aduhai...

~~Telah jauh berkelana entah di mana...
Ada rasa hanya kuntum kasihnya...
Khabar itu merelakan perjalanannya...
Ada jiwa hanya kuntum kasihnya...
Biar panas membakar...
Biar ranjau mencabar...
Telah mekar hati seindah purnama...
Dipujuk segala rajuk...
Sepi rindu adakala meracun imannya...

~~Siapa menyapa bagai pelita...
Arah yang menghilang tika gelita...
Duhai kasih...Bulan saksi...
Tatap tidak ditatap...
kotakan di dada..
Yang terdetik temukan sang cinta...

~~Kekasih tak berbahasa...
Getir fikir derita mengharap...suara...

~~Tangis bagai gerimis...
Hati bak tasik pedih...
Cuba cari hakikat...
Temukan azimat..
Kasih gundah gerhana...
Diam tak berirama...
Gusar tambah gementar...
Tak tertanggung rasa...

~~Nun dari sana...
Telah turun berbicara...
Sang kesuma...bidadari...syurgawi...

~~Sesungguhnya berkasihlah di antara manusia...
Perindah segala kata-kata...
Bahagia itu janjinya...
Mengapa cipta sengketa...
Rentaslah jalan terbuka...
Tanpa dusta...

~~Telah teguh di garis karma...~~

*** 

(Makna lirik)

~~Nirmala itu sendiri bermaksud bersih dan tidak ternoda. Benarlah bahawa Allah itu Maha Suci. Allah mencipta sifat insan lalu disertakan bersama-sama jasmani manusia. Di dalam insan itu adanya kerohanian yang sentiasa mengingati Allah. Apabila roh mula mengalun asma' Allah, maka bergetarlah seluruh 'alam' melihat kesaksian tauhid seorang hamba Allah. Itulah ucapan tauhid keimanan.

~~"Telah jauh berkelana entah di mana..." simbol atas makna roh telah jauh menuju alam fana bersatu dengan Kekasihnya.

~~Apabila Diri mengenal dzat yang azali...turunlah ujian yang seperti apapun.. pasti tidak akan goyah kerana cinta dan kasihNYA telah mekar di hati, seindah purnama yang menyinar.

~~Tidak setiap saat hijabNYA akan tersingkap. Kadangkala...hanya dapat melihat cuma sekali sahaja diriNYA. Kadangkala DIA diam membisu agar hambaNYA terus merayu padaNYA. Sesungguhnya DIA amat suka mendengar rayuan hambaNYA.

~~Sesungguhnya DIA itu Maha Melihat. Apabila hambaNYA mulai lalai...atau hilang arah tujuan...disapaNYA dengan ujian untuk memberi kekuatan kepada mereka.

~~Antara nampak dan tidak...tanamkan niat pasti akan bertemu Pemilik Diri... Biarpun DIA hanya mendiam, walaupun diamNYA itu membuatkan sang hamba menderita kerinduan mengharapkan kehadiranNYA.

~~Sesungguhnya betapa pedih menanggung derita apabila Kekasih hati tiada menunjukkan wajahNYA. Dalam derita, sang hamba cuba mencari hakikat DIRI demi satu azimat (ALLAH). Diamnya Sang Kekasih membuatkan sang hamba gundah gulana... Apakah DIA sudah tidak menghiraukan hambaNYA lagi...?

~~Namun, tidak begitu. Allah tidak pernah mensia-siakan makhluk ciptaanNYA. Lalu disingkap hijabNYA sedikit untuk merawat derita rindu kekasihNYA.

~~Terlerailah rindu dendam sang hamba... berkasihlah manusia kepada Pencipta. Hiasilah kata-kata dengan menyebut namaNYA...kerana bahagia itu telah dijanjikan.

~~Usahlah wujudkan pertelingkahan... Harungilah jalan yang benar, lurus dan tiada dusta di kiri kanannya.

~~Telah teguh di garis...karma...~~

3 comments:

  1. Tapi yang saya tahu, lagu Nirmala ni cerita pasal isteri Rasulullah s.a.w, Siti Aishah yang telah difitnah dan khabar anginya tersebar ke seluruh Kota Makkah selepas dia dibawa pulang ke Makkah oleh seorang pemuda. Rombongan perang Rasulullah tertinggal Aishah ( Aishah mencari rantai yang tertinggal di tempat dia membuang hajat ).Dia tidak mampu membela dirinya dari fitnah2 lalu berdiam diri dan hanya menyerahkan segalanya kepada Allah s.w.t . Lalu Allah s.w.t menurunkan kebenaran melalui suatu surah yang tertulis di dalam al-quran(tak ingat nama surah apa ).

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizan Malek..

      Tajuk yang dinyatakan ialah

      ~~Kiasan "Nirmala-Siti Nurhaliza"~~

      Tajuk tulisan di atas bukannya..

      "Cerita di sebalik lagu Nirmala nyanyian Siti Nurhaliza..

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com