~~Kiasan "Suci Dalam Debu" -Iklim~~


~~Engkau bagai air yang jernih...
Di dalam bekas yang berdebu...
Zahirnya kotoran itu terlihat...
Kesucian terlindung jua...

~~Cinta bukan hanya di mata...
Cinta hadir di dalam jiwa...
Biarlah salah di mata mereka...
Biar perbezaan terlihat... 
Antara kita...

~~Ku harapkan kau kan terima...
Walau dipandang hina...
Namun hakikat cinta kita...
Kita yang rasa...

~~Suatu hari nanti...
Pastikan bercahaya...
Pintu akan terbuka...
Kita langkah bersama...

~~Di situ kita lihat...
Bersinarlah hakikat...
Debu jadi permata...
Hina jadi mulia...

~~Bukan khayalan yang aku berikan...
Tapi keyakinan yang nyata...
Kerana cinta lautan berapi...
Pasti akan ku renang jua...~~

*** 
(makna lirik)

~~Sesungguhnya Dialah Allah bersifat Maha Suci. Terlindungnya DIA itu di dalam hati manusia. Sifatnya manusia itu adalah kotor iaitu penuh dengan hawa nafsu. Namun, disebalik kekotoran itulah, adanya Kesucian. Allah itu ada di dalam hati nurani manusia.

~~Cinta Pemilik Sifat itu hadirnya di dalam jiwa manusia. Di situlah tempat mainanNya, kerana hati orang-orang yang beriman itu adalah rumahNya. Biarlah mereka terus menyalahkan hakikat cinta ini. Biarpun jelas kelihatan perbezaan antara keduanya.

~~Walaupun si hamba itu dipandang hina pada penglihatan manusia... namun, hanya Allah yang tahu bagaimana dan seperti apakah cinta hamba itu kepadaNya.

~~Yang sesat tidak akan terus-terusan dalam kesesatan. HidayahNya pasti datang. Apabila DIA memperlihatkan dzatNya kepada hamba yang dikehendaki... maka terpancarlah hakikat sebenar Diri. Hilanglah debu (nafsu), bergantilah dengan 'AKU'.

~~Ini bukanlah dunia khayalan. Bahkan inilah alam sebenar-benar alam. Tanpa 'alam' ini tiadalah alam dunia pentas lakonan manusia. Inilah hakikat kejadian dunia.

~~Demi cinta pada Yang Khaliq...segala dugaan dan ujian umpama serpihan dari cintaNya kepada hambaNya.

~~"Pasti akan ku renang lautan api demi Tuhanku... Laailahaillallah"

Wallahua'lam

suci dalam debu_Iklim

10 comments:

  1. APABILA DIA MEMPERLIHATKAN ZATNYA KEPADA HAMBA YG DIKEHENDAKI...MAKA TERPANCARLAH HAKIKAT SEBENAR DIRI...HILANGLAH DEBU (nafsu) BERGANTILAH DGN AKU. sapa Aku ???
    ORG SUFI MELIHAT ALLAH DGN ZUK (RASA ). TIADA HATI ITU MATA TAPI KERANA TAHKIK SEOLAH2 LIHAT ALLAH TAALA.KITA X BOLEH LIHAT ZAT ALLAH TAALA DI DUNIA INI SAMA ADA DGN PACAINDERA KITA, X BOLEH CAPAI DGN AQAL,X BOLEH LIHAT DGN MATA LUAR (2 BIJI MATA KEPALA ) / MATA DALAM (MATA BASHIROH /BATIN ). TAPI BOLEH ZUK (IHSAN - rujuk hadis jibril mengenai islam,iman & ihsan )
    Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.

    Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

    KALO X DAPAT LIHAT/ ZUK MAKNANYA MASIH TERHIJAB.ORG SUFI KATA MASIH AHLI FARAQ .
    TAPI KALO PEGANG KEMAS / IKUT FAHAMAN GURU YG SALAH / SESAT .DIPANGGIL IDRAQ (MASIH TERHIJAB /TIADA YAKIN & NUR IMAN / SALAH IKTIQAD & ILMU AQIDAH ).
    TAPI JANJI ALLAH UTK BERI KITA LIHAT DI DALAM SYURGA.

    SETIAP PERKARA PERLU DIRUJUK PADA AHLINYA.SEMOGA SAMA2 LAH KITA SALING BERPESAN2 DGN KESABARAN & KEBENARAN. INSYALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam warahmatullah. baca lah ayat saya dengan teliti, dengan fikiran yg penuh merendah diri, kajilah ayat saya dengan sebaiknya. heheheh.

      Delete
    2. sesungguhnya hidup dan mati seseorang yang telah sempurna penyatuan dirinya dengan penciptanya adalah sama. tiada syurga dan tiada neraka. tiada dunia dan tiada pula akhirat. tolong baca semula apa yg saya tulis, dan kaji semula ayat2 saya. tolong baca semula isi2 awak, dan kaji pula isi2 awak. :)

      Delete
  2. zat itu bukan nampak dgn pancaindera atau nampak Allah, cinta itu bukan ada pada mata (physical, berbentuk) tpi pada jiwa, hati. tpi nampak dengan mata kasih, kita nampak cahaya kasih dari Allah . ayoyoyoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawabnya, saidina Ali R.A pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyembah kepada apa yang tidak kelihatan di matanya. :)

      Delete
  3. Salam,

    lirik ini berkisar tentang seseorang yg mendapat hidayah dari Allah swt utk memeluk islam. Disamping getir hinaan yg akan ditempuhi setelah bergelar muslimin/muslimat kelak. Namun nikmat keimanan dan ketenangan terbit dari jiwa sanubari. Dan akhirnya akan terpamir ketaqwaan diwajah mereka berbanding sebelumnya. Firman Allah swt sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sesekali bersetuju atau suka kepada mu (wahai muhammad) sehinggalah kamu menuruti ajaran agama mereka (yg terpesong itu). Tqvm abean

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tafsiran, bergantung kepada diri sendiri, di mana itu semua kehendak Allah untuk memberi cara dan bagaimana untuk kita memahami... :)

      Delete
  4. Salam,

    lirik ini berkisar tentang seseorang yg mendapat hidayah dari Allah swt utk memeluk islam. Disamping getir hinaan yg akan ditempuhi setelah bergelar muslimin/muslimat kelak. Namun nikmat keimanan dan ketenangan terbit dari jiwa sanubari. Dan akhirnya akan terpamir ketaqwaan diwajah mereka berbanding sebelumnya. Firman Allah swt sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sesekali bersetuju atau suka kepada mu (wahai muhammad) sehinggalah kamu menuruti ajaran agama mereka (yg terpesong itu). Tqvm abean

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com