~~Kiasan "Tanda Tanya"-Azlan And The Typewriter~~


~~Melangkah di lorong tak bernama...
Bersandar di papan tanda tanya...
Matahari bertukar arahnya...
Bergetar seluruh jiwa...
Terbayangkan kesunyian...
Walau tergantung tanda tanya...

~~Kau adalah misteri yang bernyawa...
Melihat, mendengar dan kau menghidup cinta...
Kau seperti wangian sanubari...
Dapat menghapuskan indera...

~~Kata hati semakin berputar...
Mengikut arah masa...
Melintasi lopak di landasan...
Mengukir satu makna...
Ada lagi seribu jawapan...
Yang tersangkut di fikiran... 
Walau bercampur tanda tanya...

~~Tak pernah ku...
Aku berlari...
Menembusi saat indah sejauh ini...
Tak terhitung tidak terganti...
Waktu ku lewati sampai akhir nanti...

~~Biarkan saja...
Mereka kan lupakan jawapan...
Tapi yang pasti tetap teguh menanti...
Mencari rahsia ini...

~~Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku...
Engkau dan aku tetap terus bersama...
Untuk menghiasi warna...
Jelaskanlah segalanya...~~

*** 
(Makna Lirik)

~~'Tanda tanya'  merupakan sebuah lagu yang mempunyai maksud jelas dalam menjurus kepada ilmu tasawuf.

~~Penulis melalui relung-relung masa yang telah lama tercipta di dalam dirinya... Cuba mencari jawapan kepada sebuah pertanyaan. Kehancuran 'alam roh' telah semakin hampir. Bergetarlah seluruh jiwa raga apabila Diri hilang di dalam diri... puas mencari tidak ketemui... sunyi sepilah sebuah kehidupan hakiki...

~~'Kau adalah misteri yang bernyawa' merujuk kepada sifat Hayat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat, Mendengar dan Dia jugalah yang menghidupkan cinta. Dia (Allah) itu adalah wangian sanubari orang-orang yang bercinta dan mengenali. Apabila seluruh 'alam' dipenuhi dengan Allah (bagi hamba yang menyerahkan keseluruhan jiwa dan raganya kepada Allah), maka hilanglah segala sifat manusia...penglihatan manusia menjadi penglihatanNya. Berubah kepada diri azali.. Tiada apa yang menyaksi dan disaksi... Tiada lagi engkau... Yang ada hanya 'AKU'...

~~'Kata hati semakin berputar' bermakna detik dalam hati yang sentiasa bersyahadah kepada Allah sentiasa tetap dan kukuh kedudukannya. Lalu bersyahadahlah sang hamba sehingga melangkaui garis sempadan alam. [satu huruf ditafsirkan jawapannya berbeza dari satu 'alam' ke 'alam' yang lain... (dunia, mulki, malakut, jabarut, lahut)]

~~Penulis menyatakan bahawa dia tidak pernah disingkap hijabnya sehebat itu. Takkan terhitung, takkan terganti biarpun nyawa sampai ke penghujung.

~~Bagi mereka yang tidak peduli dengan kehidupan selepas mati, biar diabaikan. mereka pasti lupa walaupun segalanya telah dihuraikan jawapannya (Ilmu tentang Allah) di hadapan mereka. Namun, bagi yang teguh imannya, pasti akan tetap menanti demi mencari rahsia diri (Allah).

~~'Bangkitkanlah semangat mimpi-mimpiku' bermakna, Bangkitkanlah semangat jasmaniku, insaniku, rohaniku, rabbaniku, nuraniku...agar aku terus bersamaMu dalam mencari dan mewarnai cintaMu yang kian terlakar agar jelas segalanya...

Wallahua'lam..

Tanda Tanya_Azlan And The Typewriter

7 comments:

  1. setuju bangat ni...huhu...huraian yg sgt bagus.

    ReplyDelete
  2. well done girl..
    tercari2 orang yg sudi menyingkap lirik lagu ni..
    lagu ni memang penuh tanda tanya sebenarnya.
    lirik pertama aje dah bg seribu tanda tanya..
    mcm tu jugak lirik seterusnya..
    cuba kaji lagu KIAS FANSURI-M. Nasir..
    lagu kias fansuri menyuluh kepada cr hidup sebenar dan menutup keaiban..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~~Lagu kias fansuri dah ada.

      ~~ http://sofya-mencaridiri.blogspot.com/2012/08/di-sebalik-kias-fansuri-by-mnasir.html

      Delete
  3. Apabila tiada lagi yang menyaksi dan disaksi,tiada engkau yang ada hanya 'AKU' kemana akan perginya AKU selepas itu, selepas terbang burung dari sangkarnya? Harap sofya tidak keberatan menjawap soalan saya ini. tidak ada niat yang tersembunyi melainkan kerana Dia juga. Selalunya saya hanya berjumpa dengan jalan untuk mengenal atau cerita2 utk mengenal tetapi tidak pernah lagi sy berjumpa atau mendengar cerita selepas kesudahan bagi yang telah mengenal. Ceritakan kepada sy kesudahan cerita bagi yang telah mengenal, kemana arahnya,adakah sama penyudahannya bagi yang tidak mengenal? terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~~"Selepas terbangnya burungd ari sangkarnya...ke mana perginya AKU..."

      ~~"Kesudahan cerita bagi mereka yang telah mengenal...ke mana arahnya...adalah tidak sama dengan mereka yg tidak mengenal.. "

      ~~Kesudahan mereka YANG mengenal adalah mati dalam hidup dan hidup dalam mati...bg mereka yang TIDAK mengenal.. kesudahan mereka adalah hidup tetapi mati... dan mati tetapi hidup. Allahuakbar.. sesungguhnya DIALAH Tuhan yang layak disembah semua penghuni alam... semoga kita tergolong dalam golongan Yang mengenal... aamiinn :)

      Delete
    2. Terima kasih sekali lg diatas jawapan yg diberikan... teruskan usaha.

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com