~~Di sebalik "Ranjang Mawar" _Wings~~



Kerana dia aku menangis,
Tanggalkan sisa kewarasanku,
Rela melepaskan kemudi di tangan,
Di kala ribut datang mendera Samudera.

Kerana dia aku menangis,
Padamkan gaya dan perasaan,
Sanggup memutus pertalian diri,
Kepada dia selain ku damba.

Ku tenggelam dalam rindu,
Tidak berdasar dan bertepi,
Ku terdampar dalam sendu,
Tidak bernoktah dan berhuruf,
Ku terkorban dalam cinta,
Tak beralasan dari lembar,
Satu lagi tak terjanjikan,
Ranjang mawar yang ku mimpi.

*** 
(makna lirik)

  • Daripada sudut hakikat, ternyata penulis lagu berada dalam keadaan tak keruan akibat penangan cinta Ilahi. "Kerana Dia aku menangis..."

  • Lihat pada rangkap pertama telah jelas bahawa Sang Hamba sangat merindui kekasihnya. Dia telah 'gila' dalam menyintai Allah.

  • "Rela melepaskan kemudi di tangan, di kala ribut gelora datang mendera Samudera..." Pada ayat tersebut banyak perkara tersirat yang cuba digambarkan oleh penulis. "Kemudi" memberi makna pegangan yang dipegang oleh Sang Hamba. "Ribut bergelora" sinonim dengan ujian yang melanda secara bertali-arus menghentam Samudera. Dan Samudera itu adalah bermaksud kehidupan yang terumbang-ambing. Secara keseluruhannya, maksud untuk frasa tersebut adalah, Sang Hamba sanggup melepaskan pegangan/kenikmatan dunia dan membersihkan segala sifat haiwanyang terdapat dalam diri (kita) demi memperbaiki 'kehidupan'  dan demi Cintanya.

  • Rangkap kedua, maksud hampir menyamai rangkap pertama. Sang Hamba hanya menghambakan diri kepada Cintanya sahaja. Tiada lagi sifat haiwan yang tercela. Lalu, sempurnalah sebuah kalimah syahadah iaitu "Tiada Tuhan selain Allah" dalam ayat "Sanggup memutuskan pertalian diri kepada dia selain yang ku damba".

  • Setelah melepaskan hawa nafsu kepada dunia, barulah terasa nikmatnya fanalillah apabila telah tenggelam dalam rindu yang tiada bertepi, terdampar sendu dalam dunia yang tiada bernoktah dan berhuruf (alam Lahut)...

  • "Terkorban dalam cinta yang tak beralasan dari lembar" membawa maksud... dan matikan diri dalam cinta hakiki yang ternyata tidak memerlukan alasan 'mengapa' kerana hidup dan matinya hamba yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh itu hanyalah untuk Allah Subhanahuwata'ala.
Wallahua'lam


4 comments:

  1. Dia bukan isim dan dia bukan gila. Tetapi dia tak dapat menanggung zarah cintanya kepada sang pencipta (Allah swt) - seperti kisah pemuda di zaman nabi isa as.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya letakkan pengikat kata pada kata "gila" kerana "gila" itu boleh merujuk kepada pelbagai maksud. seperti terjemahan huruf hijaiyah, satu huruf melambangkan pelbagai cerita. :)

      Delete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com