~~Di sebalik "Warkah dari perbatasan_malique~~




intro TKO
Dengan rasa berat hati aku sembunyi,
DEngan kekasih abadi aku bersunyi,
Sebentar!
Tinggalkanku dengan attar dan rumi,
Menari tanpa bumi,
Menyanyi tanpa bunyi.

Ku nantikan telunjuk picu yang berderai,
Kemenangan tanpa tentangan akan termetrai,
Gapai!
Dah melambai tak mahu mencapai,
Ingkar lukis garis nipis antara damai dan lalai,
Santai ya!
Tapi jangan terlalu,
Pergiku lama,
Tapi bukan selalu.

Syair yang kau lafaz,
Semuanya dah ku hafaz,
Sedikit zat-zatmu saat aku hembus nafas.

Perang seribu malam hampir tamat,
Ku hampir selamat namun itu belum muktamad!

Peluru keras memecah gelas,
Warkah dari perbatasan harap dibalas!
Salut~

*** 
(Makna lirik)

  • Terkadang saat kita mahu melakukan sesuatu kebaikan, hati seringkali tidak mendorong rasa. Namun, adakah itu rasukan hati atau sebenarnya ianya adalah rasukan nafsu sendiri? Tinggalkanlah kenikmatan dunia barang seketika, bersunyilah dengan kekasih abadi walau hanya sebentar. kerana itu membawa lebih banyak manfaat untuk hatimu. Berserta Dia... hanya memerluka 'dunia' yang sunyi, 'dunia' yang tiada mengenal erti 'pencemaran DzatNya'. Lukiskan namaNya di qalbumu.

  • Di alam itu, hilanglah hakikat dunia yang sering berlumba-lumba mencari kemewahan. Nun di suatu sudut, Dia telah menanti. Mengapa tidak mahu mendekatiNya. Begitu sombong dirimu. Sesungguhnya Dia itu terlalu hampir dengan hambaNya bahkan lebih hampir daripada pembuluh halkummu sendiri. Hanya selangkah itu untuk melangkaui sempadan kedamaian, jangan pula lalai dalam 'menyanyi'. Rentak zikir rentak azali. Sebutlah namaNya, serulah diriNya, kenalilah DzatNya. Carilah apa yang diingini, pasti ditemui. Jangan keterlaluan menyatakan cinta andai hatimu tiada apa. Bimbang cinta yang dicanang, mengundang bala. Intailah Dia dalam rindu. Bercintalah denganNya apabila telah bertemu. Itulah cinta hakiki yang sukar digugat akarnya. Dan matilah dirimu, kerana hanya yang berjaya 'mati' mampu menemui Ilahi.

  • Inilah jalan memerangi hawa dan nafsu sekaligus jalan inilah membawa hambaNya mengenal diri dan Penciptanya. Jangan mengalah pada nafsu, kelak tersesat hidupmu. Jika malam ini engkau menang, mungkin bukan pada malam esok. kerana, nafsu akan menjadikan diri dicemari sifat-sifat mazmumah. Berhati-hati kawan!

Wallahu'alam.

5 comments:

  1. Akum. Sungguh menikam kalbu.Tersentuh hati tatkala menyelami setiap yg diungkapi.. Bilakah diri ini dapat mematikn diri tuk menemui Illahiiii..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mematikan diri itu setelah mengenal diri...jgn pulak terjun lombong nak matikan diri hahahah

    ReplyDelete
  4. thanks kerana memenuhi permintaan dan impian nak tengok makna disebalik lagu ni.

    ReplyDelete
  5. harap admin intepretasikan lagu malique yg bertajuk Bukan Mudah pula... :)

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com