~~Apa itu Puasa Syariat, Puasa Tariqat, dan Puasa Hakikat?~~


Maksud

* Puasa syariat adalah menahan diri dari makanan, minumam, dan bersetubuh di waktu siang. 

* Puasa Tariqat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan dilarang, juga perlu menjauhi sifat-sifat yang tercela seperti ujub dan sebagainya lahir dan batin, siang mahupun malam. Bila melakukan hal-hal tersebut tadi, maka batallah puasa tariqatnya. 

* Puasa Hakikat pula ialah menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak menyintai selain Allah. Hadis Qudsi :"Manusia adalah rahsiaKu dan Aku rahsianya". Sir itu dari nur Allah, maka orang yang berada dalam tingkatan ini tidak akan cenderung kepada sesuatu selain Allah. Tidak ada dicintai, diingini, dan dicari selain Allah di dunia mahupun akhirat. Bila hati terjatuh pada menyintai selain Allah, maka batallah puasa hakikatnya dan dia harus melakukan qadha dengan kembali menyintai Allah dan menemuiNya di dunia dan di akhirat, sesuai firman Allah: "Puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya".

Waktu

* Puasa Syariat mempunyai waktu-waktu tertentu, manakala Puasa Tariqat selama hidup.

* Nabi bersabda: "Banyak orang yang berpuasa hasilnya hanyalah lapar dan dahaga".  Hadis lain nabi bersabda :" Banyak yang berpuasa , tapi berbuka. Banyak pula yang berbuka tetapi berpuasa". Maksudnya, orang yang perutnya tidak berpuasa, tapi dia menjaga anggota tubuhnya dan perbuatan terlarang dan menyakiti orang lain.

Firman dan Hadis

* Firman Allah dalam hadis Qudsi: "Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya".

*Hadis Rasul: " Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan. Pertama, iaitu ketika berbuka. Kedua, ketika melihat Allah. Semoga kita mendapatkannya".

*Pengertian hadis tersebut menurut syariat adalah kebahagiaan yang pertama ketika berbuka dengan memakan maanan di waktu maghrib. Kedua, ketika melihat bulan di malam lebaran petanda selesainya tugas puasa Ramadhan.

*Namun, dari segi tariqat, pengertian hadis tersebut bermaksud kebahagiaan yang pertama ketika masuk syurga menikmati kenikmatan syurga. Semoga Allah memberinya kepada kita. Kedua, ru'yat iaitu melihat Allah pada hari Qiamat dengan rasa secara nyata.Semoga kita mendapatkannya.

~~Sumber: Kitab Sirrul Asrar~~

2 comments:

  1. terlalu tinggi utk mencapai maksud yg ditulis... harap dpt share lg ilmu..

    ReplyDelete
  2. Makanya belajar...jgn malu mempelajari agama...

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com