~~Di Sebalik "Cinta Melankolia"~~



CINTA MELANKOLIA

~~Tiada terfikir terlintas engkau akan tiba membawa perangsang...
~~Tiada terfikir egkau kan membuka sempadan perasaan...
~~Bunga kembang bertali hati...
~~Bunga kembang di puncak akli...

~~Duri penjajahan cintamu...
~~Di atas bumi ragaku...
~~Duri penjajahan cintamu
~~Di bawah awan setuju...
~~Adalah suatu pengalaman...

~~Engkaulah yang kini mekar...
~~Dalam diriku yang melankolia...
~~Akulah simpang tersasar...
~~Karam janjiku yang melankolia...~~

*** 

::Cinta melankolia secara keseluruhannya membawa makna Sang Pemuja Cinta yang bersedih. Bagaimana ianya berlaku?

::Melihat pada rangkap pertama, penulis menyatakan bahawa betapa dia tidak menduga dirinya telah terpilih untuk menjadi sebahagian para penyaksi yang menyaksikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bahkan tiada terfikir pula akan dirinya tentang keluarbiasaan kuasa cinta yang selama ini ditanggap begitu manis hanya sesama makhluk.

::Cinta itu lahir menerusi kekuatan hati dalam menilai sesuatu sehingga sukar diterjemah oleh keterbatasan akal fikiran manusia yang waras. Maka, akan menjadi 'dungu' orang yang hebat dalam nilaian hati sehingga dirinya sentiasa bersedih terasa berdosa.

::"Duri" merupakan kata yang digunakan oleh penulis sebagai simbol yang membawa maksud perkisahan panah cinta yang maha hebat hanya daripada Dia. Tidaklah terasa sakit tusukannya tetapi bisanya mampu menjalar ke seluruh anggota jiwa raga. Bisa yang terasa nikmat ketika hadirNya, tetapi berubah menjadi siksa ketika hijab tertutup.

::Dan bunga yang berduri akan terus mekar dalam diri hamba selagi mana masih bersedih  akibat terlupa janji azali... Selagi mana masih meraih kehidupan bersama Kekasih Abadi.

::Wallahua'lam

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com