~~Di Sebalik Lirik : Puisi Cinta~~




::Suaramu... 
::Gemersiknya bak buluh perindu...
::Cuba kau lagukan...
::Cuba kau dendangkan...
::Mengisi di ruang kamarku...

::Senyummu...
::Menusuk dan membelai di kalbu...
::Cuba kau ukirkan...
::Cuba kau pamerkan...
::Menjadi hiasan hidupku...

::Tiada terkata...
::Seindah bahasa...
::Nak ku huraikan...
::Nak ku belaikan dirimu...

::Akan ku syairkan katamu...
::Akan ku madahkan janjimu...
::Menjadi coretan gurindam...
::Puisi cinta...

::Akan ku ukirkan senyummu...
::Akan ku lukiskan tawamu...
::Menjadikan susunan warna...
::Potret cinta...

*** Makna Lirik***

'Kamu' di dalam lagu membawa erti Sang Pemilik Diri, manakala 'aku' ialah hamba yang mencari diri. Namun, di dalam lagu telah pun bertemu antara mereka. Sesungguhnya Sang Pencari tidak akan mampu melantunkan 'lagu' dengan sendirinya tanpa berserta dengan Sang Pemilik Diri.

Allah telah menyatakan bahawa Dia akan menguji hamba yang menyintaiNya dengan menarik sedikit kenikmatan mereka dalam beribadah kepadaNya. Sesungguhnya, ujian sekecil itu mampu meluluhkan hati mereka.

Justeru, hal sebeginilah yang sedang berlaku kepada Sang Pencari Diri. Merayulah dia akan pengampunan Allah agar dikembalikan semula rasa nikmat dalam menyintai Allah, lantas dapat memenuhkan jiwanya yang kian kosong dan tandus. Itulah siksa yang perit lagi memedihkan...

Rayuan terus oleh Sang Pencari Diri agar Sang Pemilik Diri hadir dan mentajallikan diriNya. Kehadiran walau hanya sebentar mampu meleraikan keresahan hati, kegundahan jiwa. Sungguh bererti walau hanya sekali seumur hidup dapat menyaksikan keindahan Maha Agung Sang Pemilik Diri. Ianya memberi tanda bahawa Sang Hamba tidak bertepuk sendirian.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Pemilik Hati. Sekali Dia menjengah, terpanalah Sang Pencari. Tiada lagi berkasih sendirian. Maha Suci Allah, tiadalah tolok bandingnya kesucian Wajah itu. Segala Puji Bagi Allah tiadalah tandingannya kejernihan Wajah itu.

Wajah siapa? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. (Rujuk Guru).

Kehadiran yang seketika akan terus kekal ukirannya di hati nurani Sang Hamba. Tidak akan goyah...tidak akan padam...tidak akan hilang selagi mana diri itu bersih dari sifat-sifat yang tercela. 

Bersatulah hati,
Hilanglah diri,
Wujud azali,
Kekal abadi...

1 comment:

  1. Salam..tolong bg makna lagu hanya satu persinggahan by ekamatra..thanjs

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com