●●Di sebalik Lagu "She's Gone~~Steelheart"●●



She's gone
Out of my life
I was wrong
I'm to blame
I was so untrue
I can't live without her love

In my life
There's just an empty space
All my dreams are lost
I'm wasting away
Forgive me girl

Lady, won't you save me
My heart belongs to you
Lady, can you forgive me
For all i've done to you
Lady, oh, lady

She's gone
Out of my life
Oh she's gone
I find it so hard to go on
I really miss that girl, my love

Come back into my arms
I'm so alone
I'm begging you
I'm down on my knees
Forgive me, girl

****

○○Makna Lirik○○

She's gone sebuah lagu yang ditujukan kepada seorang wanita. Betapa lelaki itu amat berasa kehilangan akan wanita yang dicintainya. Walau bagaimanapun, bukan itu yang ingin kita tetas. Bukan pula mahu merungkai rahsia cinta antara dua manusia. Sungguhpun  lagu ini benar menjurus ke arah itu. Apa yang ingin kita cari adalah rahsia Allah SWT dalam aliran ilham kepada penulis. Kerana diriNya begitu berharga.

Secara keseluruhannya, lagu ini menghantar mesej penyesalan yang teramat sangat daripada seseorang kepada Cintanya. 'She', 'lady', 'girl' sinonim untuk perempuan. Sesungguhnya, tidak diciptakan kecantikan dan kelembutan yang ada pada kaum ini dengan sia-sia melainkan ianya mencerminkan sifat-sifat yang dimiliki AllahSWT (Maha Suci Allah untuk disamakan dengan makhluk).

Dalam diri setiap manusia telah dibekalkan dengan beberapa ruang alam yang dikuasai oleh 'diri' tertentu. 'Diri' inilah yang mengajar erti cinta sehingga pada akhirnya kita bertemu dengan Empunya Pemilik Diri (sebenarnya Empunya itulah yang mengajar erti cinta) sehingga yang tinggal adalah 'tiada' (rujuk guru).

Dalam rangkap pertama telah pun dijelaskan betapa salah satu sifat AlahSWT itu adalah cemburu. Maha Cemburu. Apabila Allah cemburu, kesannya dapat dirasai pada jiwa. Di mana kerohanian kita berasa kosong dan tersiksa, akibat Empunya Diri yang semakin menjauh. Maksudnya di sini, kita akan kehilangan  Kasih Allah (Sifat Rahim Allah). Inilah yang sering dikhuatiri oleh kebanyakan ahli zikir yang hijau. Dalam rangkap ini, penulis lekas sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan segera memohon keampunan daripada Allah SWT. Hal ini bahawasanya, dia ternyata menyedari bahawa tiada sekelumit kudratnya bagi meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang Allah SWT. 

Ternyata benar, jika kita telah berjauhan dari landasan yang telah Allah SWT tetapkan, tiadalah ertinya sebuah kehidupan lagi. Segala-galanya hanya melakar kesia-siaan, dari situlah terbitnya kekosongan jiwa. Akhirnya, kembali semula memohon keampunan Allah SWT melalui pengisian jiwa yang benar. Inilah dinamakan kembali ke pangkal jalan.

Justeru, tertunduk merayulah Sang Hamba kepada Allah SWT agar dirinya diampuni. Mengharap agar dikembalikan semula 'nikmat bercinta' yang sekian lama telah luput. Berterbanganlah sifat ego Allah yang kita pinjam...hilanglah sifat sombong Allah yang kita pakai. Kala itu, sedarlah hai sahabat, tiadalah sekelumit hak kita melainkan hak Allah SWT semata-mata.

Sesungguhnya, Allah itu amat benar menyukai kepada makhluk yang benar-benar bersandar hanya kepadaNya... yang sering menyeru-nyeru namaNya... yang sentiasa melihat wajahNya dalam apa jua keadaan (rujuk guru).

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved sofya-mencaridiri.blogspot.com